ESEI: CARA MEMUPUK RASA CINTA AKAN SEJARAH DAN KEPENTINGAN...!


IDEA-IDEA PENTING:-
  • Cara-cara memupuk rasa cinta akan sejarah dalam kalangan pelajar:-
  1. Perlu dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah lagi - memperkenalkan subjek Sejarah lebih awal.
  2. Sistem pendidikan negara sepatutnya mengubah tanggapan bahawa belajar subjek Sejarah bukan semata-mata untuk lulus periksa.
  3. Guru-guru harus menjadikan fakta sejarah sebagai media menyedarkan generasi muda.
  4. Pelajar-pelajar perlu dibiasakan menyelidik dan mengkaji bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah.
  5. Hasil kajian folio yang ditugaskan kepada pelajar mesti dibentangkan.
  6. Guru-guru harus menggalakkan pelajar membuat kritikan terhadap filem.
  7. Subjek Sejarah sewajarnya diajar oleh guru-guru yang berkelulusan dalam bidang Sejarah.
  8. Menambah jumlah waktu pelajaran Sejarah di sekolah.
  9. Guru-guru perlu memperkenalkan kaedah PdP yang lebih menarik minat pelajar.
  10. Menggubal sukatan pelajaran Sejarah yang baharu yang lebih menekankan aspek sejarah tempatan berbanding dengan sejarah dunia yang tidak penting.
  11. Menganjurkan kempen secara berterusan seperti pameran sejarah, pertandingan menulis esei sejarah, pertandingan kuiz dan sebagainya.
  12. Pengajaran Sejarah yang lebih berpusatkan pelajar.
  13. Penggunaan bahan bantu mengajar yang efisien seperti internet, video, televisyen, kamera dan sebagainya.
  • Kepentingan subjek Sejarah kepada pelajar:-
  1. Memupuk nilai patriotisme atau rasa cinta akan negara.
  2. Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah dan tidak mengulangi sejarah hitam yang lampau.
  3. Menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.
  4. Menjadi peransang semangat untuk membantu kemajuan negara.
  5. Membentuk keperibadian bangsa.
  6. Menghargai jasa peminpin negara.
  7. Meningkatkan jati diri generasi muda.

Comments

  1. Jawapan cikgu beri itu sangat baik untuk para pelajar yang menduduki peperiksaan PMR

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Semoga perkongsian ilmu boleh membantu para pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan masing-masing.

    ReplyDelete
  3. Tq atas bahan rujukan tq sangat2👍👍👍👍👍

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts