PENAJA

RAKAN ILMU

Saturday, 19 October 2013

GURINDAM 12 FASAL KE-6...!


Soalan 2(d) - Puisi Tradisional
Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM
Abu Hassan Sham (Penyelenggara)

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.

Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Antologi Harga Remaja, DBP.

(i) Apakah saranan pengarang dalam rangkap pertama gurindam di atas? (2M)
Saranan pengarang dalam rangkap pertama gurindam di atas ialah mencari teman yang dapat membantu kita ketika susah dan senang.

(ii) Dalam gurindam di atas, pengarang ada menyentuh persoalan pemilihan sahabat setiawan. Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan sahabat dalam kehidupan? (3M)
Pada pendapat saya, kita memerlukan sahabat dalam kehidupan untuk menjadi pendengar dan tempat kita meluahkan masalah serta tempat kita meminta pertolongan ketika susah. Kita memerlukan sahabat juga kerana sahabat boleh menjadi tempat kita berkongsi pengalaman hidup.

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam di atas. (4M)
Dua persoalan yang terdapat dalam petikan gurindam di atas ialah kepentingan memilih sahabat yang sejati. Sahabat yang sejati akan sentiasa membantu kita ketika menghadapi kesusahan. Persoalan kedua ialah kebijaksanaan memilih isteri sebagai teman hidup. Seseorang isteri yang baik ialah isteri yang taat akan suami dan sentiasa di sisi suami ketika senang dan susah.

Peperiksaan Akhir Tahun Tg. 4
Sekolah Berasrama Penuh.



No comments:

Post a Comment

PROMOSI III