PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 3 October 2013

JAWAPAN RINGKASAN PMR 2013...!


CONTOH JAWAPAN
Bahagian A(I) - Ringkasan

       Pelbagai usaha yang boleh dijalankan untuk memajukan industri pelancongan. Antaranya kerajaan perlu membuat penambahbaikan infrastruktur di kawasan yang menjadi destinasi pelancongan (1). Selain itu penduduk yang tinggal di kawasan tersebut wajar diberikan khidmat nasihat supaya dapat membantu kerajaan meningkatkan industri ini (2). Seterusnya, rakyat harus berusaha dengan lebih giat untuk menghasilkan produk tempatan (3). Di samping itu media massa hendaklah memainkan peranan dengan mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan kita ke seluruh dunia (4). Karnival pelancongan juga perlu dianjurkan dari semasa ke semasa (5). Akhir sekali, rakyat haruslah menjaga kebersihan persekitaran agar negara kita sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong (6).

(83 patah kata)

Komen:-
  • Walaupun petikan tersebut mengandungi 8 isi, namun pelajar hanyalah perlu menyenaraikan 5 isi sahaja.
  • Manakala contoh jawapan di atas, cikgu memasukkan 6 isi atas alasan jika kita tersilap berkenaan SATU isi, kita masih ada SATU lagi 'bekalan'. ( minimum hanya 5 isi sahaja )
  • Skema ringkasan:
                      Isi            - 10 ( 5 X 2)
                      bahasa   - 10
                                       - 20 (markah penuh)

** Hanya satu contoh jawapan ringkasan yang tidak semestinya yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III