PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 9 October 2013

JENIS / RAGAM / BINAAN...!

Penggunaan istilah ini agak bercelaru apabila digunakan bersama-sama dengan kata 'ayat'. Yang mana yang istilah jenis ayat? Yang mana yang binaan ayat? Dan yang mana yang disebut ragam ayat? Disebabkan kecuaian dan kealpaan kita dalam aspek ilmu bahasa, maka timbul bermacam-macam tafsiran yang salah sama sekali. Sebenarnya istilah ini sepatutnya digunakan menurut ciri seperti di bawah:-
  • JENIS AYAT (Tujuan dan cara penyusunan unsurnya)
  1. Ayat penyata
  2. Ayat tanya
  3. Ayat seru
  4. Ayat perintah
  • RAGAM AYAT (Komponen yang dijudulkan untuk tujuan tekanan)
  1. Ayat aktif
  2. Ayat pasif
  • BINAAN AYAT (Cara dan susunan unsur dan konstituen yang dibentuk)
  1. Ayat dasar
  2. Ayat tunggal
  3. Ayat majmuk pancangan
  4. Ayat majmuk gabungan
  5. Ayat majmuk campuran
  6. Ayat biasa
  7. Ayat songsang

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III