PENAJA

RAKAN ILMU

Friday, 18 October 2013

MENDOKONG / MENDUKUNG...!

Ketika menyemak blog lama cikgu 'Cikgu Azemi's Blog', terlihat satu post yang rasa cikgu boleh dikongsi bersama-sama walaupun telah hampir dua tahun usianya. Sila amati post yang dimaksudkan.
Baca surat khabar Utusan Malaysia Jumaat, 4 Februari 2011? Jika membacanya, sudah pasti akan terlihat tajuk besar di muka surat 2 yang ditulis sebegini…
PM berharap Tahun Arnab bawa limpahan kejayaan dan ekonomi
Mendokong agenda nasional
Cikgu tidak mahu bercerita tentang artikel yang tertulis itu, cuma yang mahu diutarakan di sini ialah penggunaan perkataan ‘mendokong’, sama ada betul ataupun salah? Adakah perkataan ‘mendokong’ wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu? Untuk mendapat kepastian, cikgu telah membuat rujukan menggunakan Kamus Dewan edisi ke-4. Pada muka surat 359, terdapat kata‘dokong’ yang membawa makna sejenis buah seperti langsat! Itu sahaja, tidak ada makna lain. Jadi, jika begitu maksud kata ‘mendokong’ ialah ‘menglangsat’? Apakah jadah perkataan ini?
  • SEBENARNYA kata mendokong itu tidak betul dan sepatutnya ditukar menjadi mendukung.
  • Mendukung membawa maksud membawa, memikul, menyokong, memperkukuh, menegakkan dan lain-lain.
  • Jadi peringatan buat penulis-penulis berita, jangan sesedap saja menggunakan sesuatu perkataan dalam setiap penulisan berita.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III