PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 6 October 2013

MENGISI / MENGISIKAN...!

Mengisikan masa lapang
Terdapat soalan PMR 2013 yang mahu menguji calon-calon tentang perbezaan penggunaan perkataan mengisi dengan mengisikan. Kedua-dua patah perkataan tersebut sebenarnya berasal daripada kata dasar yang sama iaitu 'isi' yakni sejenis kata nama. Kemudian apabila diberikan imbuhan meN + isi  menjadi mengisi. Dan satu lagi diberikan imbuhan apitan meN-...-kan menjadi mengisikan. Kedua-duanya membentuk kata kerja transitif. Penggunaan kata tersebut dalam ayat ialah:-
  • mengisi maknanya perbuatan memenuhi suatu ke dalam botol supaya berisi, kewajipan, jawatan dan borang; contoh ayat-
  1. Ali mengisi botol dengan air minuman.
  2. Temu duga itu diadakan untuk mengisi jawatan kosong di pejabatnya.
  3. Amin dinasihati bapanya supaya mengisi dadanya dengan ilmu agama.
  4. Guru itu sedang mengisi borang prestasi 2013.
  • mengisikan maknanya memasukkan sesuatu ke dalam bekas, memasukkan perkataan dan lain-lain; contoh ayat-
  1. Emak mengisikan sampah itu ke dalam bakul sampah.
  2. Pelajar-pelajar hendaklah bijak mengisikan masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
  3. Guru mengarahkan pelajar mengisikan perkataan yang sesuai ke dalam petak tersebut.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III