PENAJA

RAKAN ILMU

Friday, 25 October 2013

METAFORA / HIPERBOLA...!


Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan.
Mengikut istilah sastera pula, metafora merupakan gaya bahasa perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna sebenar kata atau frasa tersebut. Gaya bahasa perbandingan lain adalah seperti hiperbola.
Kebiasaannya metafora terdiri daripada 2 patah kata seperti:-
  • lembah duka
  • lautan api
  • kota kesengsaraan
  • cahaya kepintaran
  • tunas harapan
  • padang hidup
  • madu susah
  • cuka kesangsian
  • piala remajamu
Manakala hiperbola pula merupakan gaya bahasa perbandingan yang membuat perbandingan yang melampau atau berlebih-lebihan bagi menggambarkan sesuatu keadaan, contohnya:-
  • tajam pisau membelah bulan
  • semut menari bergoncang bumi
  • sekali gus menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj
  • dia tidak pernah menghampakan harapan orang
  • sawah habis kering
  • terlalu elok parasnya gilang-gemilang cahayanya kilau-kilauan
  • tubuhku tercalar duri pidana

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III