PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 17 October 2013

PERIBAHASA SAMA...!

Beberapa contoh persamaan erti atau makna antara peribahasa…!
  • Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua = Biduk berlalu, kiambang bertaut.
  • Gunting dalam lipatan = Api dalam sekam = Musuh dalam selimut.
  • Bagai aur dengan tebing = Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  • Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat = muafakat membawa berkat.
  • Bapa borek, anak rintik = Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi = Begitu acuan, begitulah kuihnya.
  • Lain lubuk, lain ikan = lain padang, lain belalang.
  • Genggam bara api biar sampai jadi arang = alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan = alang-alang berdakwat biar hitam.
  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung = masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III