PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 17 October 2013

PERLANGGARAN / PELANGGARAN...!

Dua patah kata nama terbitan di atas merupakan hasil proses pengimbuhan kata dasar ‘langgar’, iaitu per- an dan pe-an. Kedua-dua patah kata tersebut walaupun berasal daripada kata dasar yang sama, mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza. Lihat di bawah;-
  • Perlanggaran bermaksud   > perihal kejadian berlanggar (kemalangan)
Contoh ayat:-
  1. Perlanggaran kereta dengan lori itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk.
  2. Motosikal iti terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta.
  • Pelanggaran bermaksud > perihal melanggar (menyerang, menyerbu) dan menentang atau tidak mematuhi;
Contoh ayat:-
  1. Pelanggaran Israel ke atas Pelestin mendapat sokongan Amerika. (menyerang)
  2. Dewasa ini pelanggaran hukum Tuhan berlaku sewenang-wenangnya. (menentang / tidak mematuhi)
AWAS! Ayat ini akan menjadi SALAH jika;-
  1. Pelanggaran antara kereta dengan lori itu ….
  2. Perlanggaran disiplin sekolah oleh pelajar …

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III