PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 17 October 2013

RENYAH: WATAK PROTAGONIS...!

Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah karya novel, cerpen atau lain-lain. Watak protagonis dalam novel Renyah ialah Datuk Dolhi.
  • Seorang usahawan berumur 60-an yang berjaya.
  • Lelaki Melayu dan beragama Islam.
  • Seorang pintar:-
  1. mencari peluang perniagaan di dalam mahupun di luar negara.
  2. sering diundang menyampaikan ceramah tentang perniagaan kepada usahawan muda.
  3. menghantar Wahi ke Jepun untuk mendapatkan teknologi terkini dan mempelajari budaya kerja orang Jepun.
  • Seorang yang rajin:-
  1. memantau projek.
  2. mengadakan perbincangan tentang pelaburan Gugusan Nusa Tiga yang melibatkan Johor, Singapura dan Batam.
  3. membaca buku untuk menambahkan pengetahuan.
  4. menghadiri bengkel public speaking.
  • Seorang yang penyayang:-
  1. menemankan Datin Tominah ke pertunjukan Busana Islam.
  2. berhasrat membelikan isteri keduanya sebuah kondominium.
  3. menghadiri majlis anugerah guru cemerlang anaknya Amera.
  4. mengambil berat tentang kebajikan anaknya Wahi.
  • Tidak tegas:-
  • mengahwini Tominah atas desakan keluarga walaupun sudah ada kekasih iaitu Mastura.
  • membiarkan anak-anak mengikut haluan sendiri walaupun dia berhasrat untuk membimbing anak-anaknya menjadi usahawan.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III