PENAJA

RAKAN ILMU

Saturday, 30 November 2013

SOLAT JENAZAH...!

SOLAT JENAZAH, Belajarlah wahai lelaki..apakah engkau tidak malu apabila tidak pandai hendak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk emak atau ayah yang meninggal .. Itu sahajalah penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita.

Cara ringkas Solat Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" dan niat di dalam hati : “Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardu kifayah kerana Allah Ta’ala.” Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala" ,kemudian baca Al-Fatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar", Baca : “Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad”  Pendek pun boleh atau paling elok jika selawat Ibrahimiah seperti dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar", Baca doa (pendek pun boleh atau panjang lagi bagus) contoh di bawah ni : ++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki) ++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan) ++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat, ada doa lain .

4. Angkat Takbir Keempat "Allahuakbar"  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri ++ Selesai Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun maka sahlah solat tersebut. Semoga  menjadi penghormatan terbaik buat jenazah .. Ingat!!.. solat jenazah tiada rukuk dan sujud seperti solat biasa !!


Ubah suai penulisan asal oleh Nor Azam Hj Ismail 

Friday, 29 November 2013

JOM BEDAH MAYAT...!

PENGENALAN KEPADA FORENSIK
Dalam kepesatan dunia membangun sama ada dari segi pembangunan,ekonomi dan teknologi, masalah sosial juga turut meningkat disebabkan tiadanya keseimbangan antara kemajuan jasmani dengan rohani. Perkara tersebut telah digambarkan oleh Allah Taala dalam al-Quran yang menegaskan bahawa puncanya adalah perbuatan buruk daripada manusia itu sendiri.
Firman Allah s.w.t:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan”
(Ar-Rum:41)

            Sebagai agama yang mampu menjadi penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul, Islam telah menetapkan kanun dan undang-undang yang berkaitan dengan masalah jenayah, untuk menjadi panduan para hakim dan pemerintah dalam menjatuhkan hukuman kepada penjenayah yang melakukan kesalahan. Undang-undang jenayah Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu qisas, hudud dan ta’zir yang akan di jatuhkan apabila cukup bukti dan dalil untuk mensabitkan kesalahan kepada penjenayah.

            Masalah yang timbul ialah apabila penjenayah yang melakukan kesalahan tidak diketahui atau kekurangan bukti untuk mensabitkan kesalahan kepada penjenyah. Dalam kes sebeginilah, maka kepakaran dalam bidang forensik diperlukan untuk mengkaji kes-kes jenayah dan mencari bukti bagi mensabitkan kesalahan ke atas mana-mana individu yang bersalah. Langkah ini adalah amat penting untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup manusia di muka bumi ini. Sebagaimana yang sudah di maklumi oleh semua, bahawa Islam mengiktiraf keahlian dan kepakaran seseorang dalam bidang masing-masing untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

Firman Allah s.w.t:
Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu Adz-dzikr(orang yang mengetahui) jika kamu tidak
mengetahui
(Al-anbiya’:7)

            Forensik merupakan bidang yang dikaitkan dengan bidang perundangan dan penting dalam kerja – kerja siasatan dan ini digunakan bagi membantu pengumpulan bahan bukti dalam menyelesaikan kes – kes yang berkaitan. Dengan dibantu beberapa alatan yang canggih dan sesuai, bahan bukti dapat dikesan hasil daripada kesilapan yang dibuat oleh penjenayah atau suspek yang terlibat dalam kes tersebut. Mereka juga akan dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah dengan seberapa segera. 

            Menurut Charlie Fuller, jenayah itu terbahagi kepada beberapa bentuk yang berbeza, iaitu daripada kecurian di kedai runcit sehinggalah kepada pembunuhan kejam. Oleh hal yang demikian, menurut beliau lagi, sains boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan setiap kes yang timbul. Ini bermaksud, setiap pelaku jenayah akan meninggalkan jejak dan tugas seseorang forensik itu adalah mencari jejak yang ditinggalkan oleh penjenayah tersebut di tempat kejadian. Bahan bukti yang biasa ditemukan ialah seperti senjata yang digunakan, cap jari, peluru yang digunakan, tapak kasut, rambut, sedikit darah, cakaran pada mangsa, debu dan kotoran serta cebisan pakaian mangsa. Oleh hal itu, tugas pakar Sains forensik mencari, mengenal pasti dan menganalisis jejak serta mendapatkan bukti untuk dibawa ke muka pengadilan.    

Kes-kes yang penting seperti pembunuhan, rogol dan keganasan melampau amat memerlukan bukti dari segi saintifik. Bagi kes seperti itu, hanya mereka yang pakar akan dipanggil ke mahkamah untuk memberikan penjelasan bagi mengesahkan lagi bukti yang didedahkan. Pada awal dekad ini, bidang Sains forensik telah bercambah kepada beberapa lagi disiplin pengkhususan yang spesifik. Mereka dikenali sebagai penyiasat perubatan yang pakar dalam bidang Ballistics, toxicology, serology dan lain – lain lagi.     

Terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti sebagai pakar sains forensik. Jika, salah satu daripada peraturan tersebut diabaikan, kemungkinan penyiasatan akan menghadapi  masalah dan tidak dapat membawa kepada penemuan penjenayah yang sebenar.

BIDANG TUGAS DOKTOR FORENSIK (PATOLOGI)

            Mayat-mayat mangsa yang terlibat dalam kes jenayah kejam seperti bunuh, rogol dan bunuh akan dihantar ke unit patologi di hospital untuk dijalankan bedah siasat ke atas mayat tersebut bagi mengetahui punca kematian.

            Doktor akan menjalankan pemeriksaan luaran bagi memastikan mangsa jenayah betul-betul sudah meninggal dunia. Doktor patologi akan menjalankan pemeriksaan mayat untuk mengetahui punca yang menyebabkan mangsa meninggal serta waktu yang mangsa tersebut meninggal dunia. Pemeriksaan mayat dibuat dengan cara membelah mayat mangsa. Menurut Charlie Fuller lagi, pegawai penyiasat pertama yang sampai di tempat kejadian mestilah mencatatkan suhu badan mayat dan memaklumkan maklumat tersebut kepada doktor Patologi bagi tindakan selanjutnya. Pemeriksaan mayat atau dalam bahasa saintifiknya di panggil autopsy ini amat penting bagi mendapatkan klu sekiranya mayat mangsa jenayah tidak diketahui identitinya.

Dalam bidang Sains Perubatan yang luas, terdapat satu cabang ilmu yang dinamakan forensik. Bidang ini membincangkan prosedur dan langkah-langkah yang diambil untuk mencari bukti-bukti dalam kes-kes jenayah. Apabila pakar-pakar yang terlibat dalam bidang forensik ini mendapat bukti yang kukuh dalam kajian mereka, bukti-bukti inilah yang dibawa ke mahkamah untuk mensabitkan kesalahan kepada individu yang tertuduh.

Tugas seorang yang terlibat dengan bidang forensik atau dikenali sebagai pakar bedah mayat di anggap satu tugas yang membosankan kerana ruang lingkup pekerjaannya banyak terlibat dengan mayat. Malah, suatu masa dahulu, tugas ini dipandang sebagai satu tugas di luar etika budaya dan kemanusiaan, terpaksa membedah mayat orang yang sudah mati malahan ada yang mengatakan satu tugas yang kejam. Sebenarnya tanpa disedari, di sebalik anggapan yang pelbagai itu, tugas pakar ini sangat penting dalam kes yang melibatkan kes kemalangan, pembunuhan, rogol, bakar, liwat, rentung dan bermacam-macam kes lagi-umpama mencari bukti tanpa perlu bertanya kepada si mangsa. Persoalan mengenai satu-satu kes kematian perlu diselesaikan supaya memudahkan urusan banyak pihak termasuklah pihak polis dan keluarga mangsa.

Tugas asas sebagai seorang pegawai perubatan unit forensik ialah menjalankan bedah siasat, khususnya kes-kes biasa seperti kemalangan jalan raya, kematian mengejut yang normal, bunuh diri dan lemas. Manakala tugas seorang pakar forensik menjurus kepada kes yang lebih berat seperti kes bunuh, komplikasi, mati dalam tahanan, mengandung dan mayat reput. Bedah siasat hanya boleh dijalankan setelah mendapat arahan daripada pihak polis. Jika ahli keluarga dan waris tidak mengizinkan proses bedah siasat di jalankan, maka waris perlu mendapatkan perintah majistret dan menarik balik arahan yang dikeluarkan oleh pihak polis. Jabatan forensik hanya akan menerima arahan untuk membedah selepas mendapat izin daripada ahli keluarga.

Jika sesuatu kes melibatkan kes bunuh, pakar forensik dikehendaki pergi ke mahkamah untuk memberikan keterangan. Adakalanya terpaksa pergi ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan kes yang berlaku. Pihak polis sendiri tidak akan menyentuh atau mengubah kedudukan mayat selagi pakar forensik belum selesai melakukan pemeriksaan untuk mengelakkan bukti yang penting daripada terhapus.

Terdapat beberapa perkara yang bersangkutan dengan bidang forensik diterangkan secara ringkas iaitu ;

2.1       Diagnosis Kematian Dan Perubahan Mayat
Memastikan kematian merupakan suatu perkara yang penting bagi doktor yang terlibat untuk mengelakkan berlakunya penanaman manusia yang hidup ke dalam kubur (premature burial) dan penyimpanan tubuh manusia yang hidup di dalam peti sejuk penyimpan mayat. Antara langkah yang biasa diambil oleh doktor ialah:
  1. Fungsi jantung dan pernafasan berhenti secara kekal (permanent stoppage)
  2. Memeriksa tanda-tanda mati otak
  3. Primary flaccidity
  4. Contact flattening
  5. Tanda pada mata
  6. Perubahan kulit
  7. Penurunan suhu badan
  8. Hypostasis (Lebam mayat)
  9. Rigor mortis (kekerasan otot selepas mati)
  10. Putrefaction/2ry flaccidity

Thursday, 28 November 2013

ESEI: SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA...!


ISU - SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

Tugasan: kepentingan pengangkutan awam di Malaysia

Idea
  • pengangkutan awam mampu mengurangkan bilangan kenderaan yang berada di atas jalan raya
  • pengangkutan awam mampu memendekkan tempoh perjalanan seseorang ke tempat kerja kerana mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi
  • pengangkutan awam mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar terutama pada waktu puncak
  • pengangkutan awam berupaya mengelakkan pencemaran udara melalui pembebasan asap karbon monoksida ke udara
  • pengangkutan awam berupaya mengurangkan kemalangan jalan raya kerana perjalanan yang selamat dan selesa
  • pengangkutan awam berupaya menjimatkan kos pengguna kerana harga tiket yang murah dan tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah

Tugasan: usaha-usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam di Malaysia

Idea 
  • kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik
  • kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam  bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar-bandar utama
  • kerajaan dengan bantuan agensi swasta perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam beberapa kali untuk sampai ke destinasi
  • kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan sistem membeli tiket secara berpepadu
  • kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah
  • Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam 
  • pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan  menepati jadual yang dirancang supaya pengguna tidak membazirkan masa mereka
  • pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti perkhidmatansyarikat enderaan mereka dengan meletakkan televisyen dan radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila menaiki kenderaan mereka
  • pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya
  • pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas
  • pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada pengguna terhadap pengangkutan awam
  • media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia untuk menggalakkan masyarakat menggunakan kemudahan yang disediakan.
  • masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan pertambahan kenderaan persendirian di atas jalan raya sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak
  • pihak sekolah perlu memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menggunakan pengangkutan awam seperti dapat mengelakkan kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap daripada kenderaan serta menjimatkan
  • Kerajaan memperkenalkan skim galakan dan insentif kepada pengguna sistem pengangkutan awam seperti potongan tambang, sistem kupon bulanan dan sebagainya.

Sumber: Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman

JOM JOIN PILOT...!

Industri penerbangan ialah satu industri yang unik dan berdaya maju untuk mendatangkan pulangan kepada negara. Ia juga suatu industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu keselamatan dan kesejahteraan, sama ada kepada penumpang, pengguna perkhidmatannya, mahupun keselamatan negara amnya. Oleh sebab itu, industri ini dikawal selia oleh pelbagai peraturan, perundangan dan garis panduan yang ketat, yang sebahagian besarnya perlu diselaraskan dengan keperluan piawaian industri penerbangan antarabangsa. Dengan demikian, tenaga kerja yang terlibat dalam industri ini, sama ada juruterbang, jurutera kapal terbang, mekanik mahupun pengawal trafik udara, perlu dilatih dan mendapat kelulusan, sijil serta lesen yang khusus, yang juga diiktiraf secara global.

            Industri penerbangan ialah satu industri yang profesional. Profesional dengan erti kata dikawal selia secara kendiri (self-regulatory) oleh industri tersebut melalui badan kawalan yang diiktiraf. Badan ini berperanan menetapkan piawaian dan peraturan industri, memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penerbangan, mengawal kualiti perkhidmatan penerbangan, dan juga mengeluarkan lesen dan sijil kepada mereka yang ingin berkhidmat dalam industri penerbangan. Bagi industri penerbangan, badan kawal selia yang dimaksudkan ialah Jabatan Penerbangan Awam (JPA atau DCA). DCA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang berperanan menggubal, memperkenal, melaksana dan menguatkuasakan segala perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan  industri penerbangan di negara ini. Semua peraturan, perundangan dan garis panduan ini pula perlulah dipastikan selaras dan menepati piawaian dan kehendak industri antarabangsa agar perkhidmatan penerbangan di Malaysia diiktiraf secara global.

            Berdasarkan faktor sejarah, Malaysia lebih banyak dipengaruhi oleh undang-undang penerbangan British, yang dikendalikan oleh CAA (Civil Aviation Authority of UnitedKingdom) berbanding FAA (Federal Aviation Administration of the United States) di Amerika. CAA kemudiannya menjadi ahli kepada JAA (Joint Aviation Authorities oftheEuropean Union) yang memberi pengiktirafan kepada semua pemegang lesen daripada mana-mana badan gabungannya untuk berkhidmat dalam industri penerbangan di mana-mana negara Eropah atau yang menerima-pakai persijilan JAA. Oleh sebab DCA Malaysia memakai sistem CAA, maka sijil yang dikeluarkan oleh DCA juga diiktiraf oleh JAA (Ir. Ahmad Jais Alias dan Hj. Ahmad Zahir Mokhtar, 2007).

Bidang Tugas Juruterbang

Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamour tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau di luar negara.

            Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan. Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik. Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

            Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan di dalam dan di luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang. Dari segi pendapatan pula, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.

Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang
  • Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
  • Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam dalam bidang ini.
  • Boleh berkomunikasi dengan baik.
  • Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  • Menguasai mata pelajaran Sains, Matematik dan Fizik.
  • Berumur  antara 18 hingga 24 tahun.
  • Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
  • Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
  • Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
  • Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.

JOM JADI TENTERA...!

Tidak banyak yang menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyediakan ruang dan peluang kerjaya yang menarik kepada para belia sama ada di peringkat pegawai mahupun bukan pegawai. Boleh dikatakan semua jenis kerjaya di luar sana terdapat dalam organisasi ATM misalnya doktor perubatan, jurutera, perakaunan, perundangan, pentadbiran, sanis dan teknologi, komputer, pembinaan dan lain-lain.
Kerjaya yang ditawarkan oleh ATM benar-benar mencabar dan boleh menjadi platform terbaik bagi seseorang untuk memperkembang bakat dan kepakaran masing-masing di samping peluang meningkatkan kenaikan pangkat yang lebih menarik.
Bagi Tentera Darat (TD), terdapat beberapa pasukan (kor) yang memikul tanggungjawab dan peranan tersendiri, antaranya:-
  • Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
  • Rejimen Renjer Diraja (RRD)
  • Kor Armor Diraja (KAD)
  • Rejimen Semboyan Diraja (RSD)
  • Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)
  • Rejimen Artileri Diraja (RAD)
  • Rejimen Gerak Khas (RGK)
  • Kor Perkhidmatan Am (KPA)
  • Kor Kesihatan Diraja (KKD)
  • Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)
  • Kor Risik Diraja (KRD)
  • Kor Perkhidmatan Diraja (KPD)
  • Kor Ordnans Diraja (KOD)
  • Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)
  • Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
  • Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)
HIERAKI PANGKAT PEGAWAI ANGKATAN TENTERA
  • Jeneral
  • Leftenan Jeneral
  • Mejar Jeneral
  • Brigadier Jeneral
  • Kolonel
  • Leftenan Kolonel
  • Mejar
  • Kapten
  • Leftenan

Wednesday, 27 November 2013

ESEI: MENANGANI KECICIRAN PELAJAR...!

FAKTA:-
  • 40% atau 200,000 orang kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan tidak mendapat pendidikan prasekolah.
  • 92% sahaja pelajar yang berjaya menamatkan persekolahan rendah dari tahun 1 – tahun 6.
  • Kemiskinan dan petempatan yang jauh terpencil serta sikap ibu bapa menjadi punca utama masalah ini.
  • Dana Lembaga Amanah Kementerian Pelajaran sebanyak RM200 juta diluluskan Kabinet untuk membantu murid miskin di sekolah rendah.
Antara usaha menangani masalah keciciran dalam kalangan pelajar ialah:-
  • Kerajaan perlu mewajibkan pendidikan sekolah rendah kepada semua kanak-kanak.
  • Pihak kerajaan dan NGO mesti menyalurkan bantuan kewangan dan prasarana kepada golongan miskin.
  • Kerajaan perlu memastikan setiap orang diberi hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan (pendemokrasian pendidikan)
  • Kerajaan perlu menambahkan peruntukan dalam sektor pendidikan.
  • Kempen kesedaran peripentingnya ilmu hendaklah dipergiat dan mesti berterusan terutama golongan masyarakat di luar bandar.
  • Anggota masyarakat perlu menyalurkan maklumat tentang golongan yang memerlukan bantuan dan golongan ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak mereka.
  • Mewujudkan asrama dan kemudahan lain kepada golongan yang memerlukan.
  • Menaik taraf kemudahan di sekolah.
  • Mengenakan denda yang berat terhadap ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak mereka.
  • Mengadakan skim bantuan seperti pemberian biasiswa kepada bukan sahaja pelajar yang pintar tetapi juga kepada pelajar yang miskin.
  • Kerajaan mestilah membantu pelajar yang tercicir ini dengan memberikan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan menubuhkan sekolah vokasional.

Tuesday, 26 November 2013

THE RED WARRIORS 2014...!


Pengumuman rasmi pasukan KELANTAN FC musim 2014 akan dibuat di Bangunan Mara Kuala Lumpur pada 26 November 2013, hari ini (Selasa), jam 12.00 tengah hari oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa. 

Di samping itu, sidang Media bersama wartawan akan diadakan selepas pengumuman tersebut.

Senarai pemain musim 2014

1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (GK)
24. Syazwan Yusoff (GK)

KONTEMPORARI...!

Contoh penggunaan kata kontemporari
Perkataan ini sering benar digunakan sekarang. Bunyinya pun agak hebat dan menarik. Tapi sayang, kadang-kadang penggunaannya tidak beberapa sesuai dan tepat.
Berdasarkan kamus Dewan Edisi ke-4, kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau masa kini. Lihat penggunaan di bawah:-
  • fesyen kontemporari  > fesyen masa kini
  • hiasan yang kontemporari  > hiasan yang terkini
  • sajak kontemporari  > sajak alaf baru / zaman ini
  • pensyair kontemporari  > pensyair baharu

Sunday, 24 November 2013

HARI GURU MALAYSIA...!

PENGENALAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah  antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
LOGO HARI GURU
Putih 
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak 
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati reka bentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

BELASUNGKAWA DR. AWANG HAD...!

SOALAN SPM BOCOR...!

Guru didakwa dalang soalan SPM bocor

KUALA LUMPUR - Seorang guru didakwa menjadi dalang kepada kebocoran soalan Matematik dan Matematik Tambahan, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013.
Soalan-soalan berkenaan didakwa ‘dibocorkan’ melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung.

Malah aktiviti berkenaan dikatakan berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan ke atas individu berkenaan sehingga kini.


Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.

Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan.

“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya.

Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.



Sumber: Sinar Harian, 23/11/2013.

Saturday, 23 November 2013

CABARAN BAHASA MELAYU...!

Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia berlangsung di Johor Bahru baru-baru ini mengeluarkan usul mendesak kerajaan memberikan kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memartabatkan bahasa Melayu. Penulis rasa usul seperti ini sudah beberapa kali didendangkan, cuma lagunya sahaja tidak muncul-muncul. Setakat hari ini, belum ada apa-apa tindakan susulan daripada pihak kerajaan.
Selagi DBP belum ada kuasa tersebut, maka sepanjang masa, kita akan dipersembahkan dengan pencabulan dan penodaan terhadap martabat bahasa Melayu oleh manusia-manusia yang lupa diri dan lupa akan asal usul.
Antara cabaran yang terpaksa ditempuh oleh pencinta bahasa Melayu kini ialah:-
  • Gejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa semakin berleluasa terutamanya pada papan-papan tanda dan paparan iklan premis perniagaan;
  • Penggunaan bahasa rojak secara keterlaluan di kaca-kaca televisyen dan siaran radio;
  • Syarikat swasta malah syarikat milik kerajaan juga tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam setiap urusan;
  • Sebarang info walaupun berkaitan dengan kepentingan negara semakin kurang menggunakan bahasa Melayu;
  • Pemimpin-peminpin negara, korporat dan ketua-ketua jabatan kerajaan semakin petah dan angkuh menggunakan bahasa Inggeris ketika berucap dan berkomunikasi;
  • Generasi muda semakin galak menggunakan bahasa rojak dengan istilah-istilah yang langsung tidak melambangkan jati diri bangsa Melayu;
Kepada siapakah yang hendak dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan bahasa Melayu?
Kepada siapakah hendak ditugaskan untuk menegur Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin lain yang sewenang-wenangnya mencabul kedaulatan bahasa Melayu?
Sesungguhnya terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi memartabatkan bahasa Melayu di tanah air sendiri, belum lagi dikira berapa banyak usaha dan pengorbanan yang terpaksa kita lakukan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terkemuka di dunia.
Penulis pening kepala melihat bangsa kita. Cakap tak serupa bikin!
Post bertarikh Nov. 2009

PROMOSI III