DASAR TENAGA HIJAU NEGARA...!


DEFINISI:-
  • Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi serta meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
OBJEKTIF DASAR TENAGA HIJAU NEGARA:-
  • Menyelaraskan pertumbuhan industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangannya terhadap ekonomi negara;
  • Membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
  • Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing teknologi tersebut di persada antarabangsa;
  • Memastikan pembangunan yang mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang;
  • Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau danmenggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau.
EMPAT TONGGAK DASAR TEKNOLOGI HIJAU:-
TENAGA
  • Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan manusia.
ALAM SEKITAR
  • Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.
EKONOMI
  • Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.
SOSIAL
  • Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Comments

Popular Posts