GURU BIASA...!

GURU BIASA

Saat, minit, jam bersilih ganti
Membilang waktu dan usia
Mengasuh, mendidik, mengajar dan diajar
Anak kecil yang masih kosong...

Saat, minit, jam bersilih ganti
Urat, tulang dimamah usia
Mengasuh, mendidik, mengajar dan diajar
Anak kecil sudah dewasa
Pangkat, darjat, kuasa dan pengaruh
Menggenggam kejayaan sementara....

Saat, minit, jam bersilih ganti
Membilang waktu dan usia
Di sudut masjid mencari syurga
Tiada siapa yang peduli apa

Kerana cikgu, GURU BIASA

Dari hati;

Cikgu Azemi
Kota Bharu: 20 Nov. 2013

Comments

Popular Posts