JAWAPAN RINGKASAN PMR 2013...!

Kertas BM 02/2 PMR 2013


































Bahagian A(i) - Ringkasan
Soalan 'Ringkasan' untuk tahun ini meminta calon-calon membuat ringkasan tentang usaha-usaha memajukan industri pelancongan. Seperti biasa calon dikehendaki menulis ringkasan ini tidak melebihi 80 patah kata.

Melalui petikan yang berkaitan ( seperti di atas ), cikgu senaraikan isi berdasarkan kehendak soalan iaitu usaha-usaha memajukan industri pelancongan di bawah ini.
  1. Kerajaan perlu membuat penambahbaikan infrastruktur di kawasan-kawasan yang menjadi destinasi pelancongan.
  2. Penduduk yang tinggal di kawasan tumpuan pelancongan pula wajar diberi khidmat nasihat.
  3. Rakyat harus berusaha dengan giat untuk menghasilkan produk tempatan.
  4. Kawasan hutan yang tertentu telah diwartakan sebagai hutan simpanan negara untuk dijadikan destinasi pelancongan yang popular.
  5. Media massa hendaklah memainkan peranan dengan mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan di Malaysia ke seluruh dunia.
  6. Karnival pelancongan perlu dianjurkan dari semasa ke semasa.
  7. Rakyat perlu mempamerkan imej yang baik dengan sentiasa bersikap ramah terhadap para pelancong.
  8. Rakyat haruslah menjaga kebersihan persekitaran agar negara sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong.

Comments

Popular Posts