PENAJA

RAKAN ILMU

Friday, 31 January 2014

SINOPSIS SUTERA DALAM LUKISAN (BAB 5)...!

BAB 5: RAJUK YANG TAK TERPUJUK

  • Di serambi rumah, Same’ah dan Adila sedang membentuk bekas bunga telur. Adila memberitahu bahawa dia ingin menemu ramah Hafiz. Same’ah berasa aneh dengan perkara yang akan dilakukan Adila itu. Dia tidak dapat menerima kewajaran bahawa Hafiz boleh dijadikan bahan ilmu dan sumber kajian. Padanya, Hafiz tidak berbeza dengan manusia-manusia lain yang dikatakan terencat akal. (latar tempat)
  • Adila menyatakan bahawa Hafiz boleh dipulihkan. Dia dapat merasakan bahawa Hafiz boleh dipulihkan menjadi manusia biasa seperti mereka. Same’ah menyedari bahawa tiada seorang pun orang kampung yang berfikir Hafiz boleh dipulihkan.
  • Same’ah mula memikirkan motif Adila datang ke kampung itu sejak dua bulan yang lalu. Lazimnya seorang graduan akan bekerja setelah tamat pengajiannya tetapi Adila tidak menunjukkan hasrat untuk bekerja. Same’ah yakin ada satu rahsia lain yang sedang disembunyikan Adila daripada pengetahuannya. (monolog dalaman)
  • Hubungan mereka sebagai saudara sepupu sebenarnya tidak berapa mesra sebelum ini kerana mereka berjauhan. Adila tinggal di kota dan Same’ah tinggal di kampung. Selama lima tahun Adila berada di luar negeri dan kini berada di kampung dengan alasan yang belum diketahuinya. (latar masa dan monolog dalaman)
  • Adila bersedia untuk menceritakan rahsia yang menyebabkan dia datang ke kampung itu tetapi tidak sempat bercerita kerana Sidang Saman pulang.
  • Pada petang itu, Same’ah dan Adila menyambung kerja mereka sambil dibantu oleh dua orang adiknya, Saniah dan Samsul. Same’ah bertanyakan Samsul tentang kisah Hafiz pada hari itu kerana Samsul banyak bercerita tentang Hafiz setiap hari. (latar masa)
  • Sidang Saman memberitahu bahawa dia mendengar Harun sudah pulang ke kampung semalam. Kepulangan Harun menjadi tanda tanya kerana Harun sudah lama menghilangkan diri. Mak Lamah mencurigai kepulangan Harun dan Sidang Saman mengagak kepulangan itu ada kaitan dengan musim buah sekarang ini. (dialog)
  • Same’ah terbayangkan tanah dusun sehektar di sebelah darat yang menjadi pusaka Hafiz. Tanah itu sebenarnya masih atas nama arwah bapa kandungnya. Hasil dusun itu jarang-jarang benar dapat dinikmati oleh Hafiz kerana Harun membolot semuanya.
  • Mak Lamah menanyakan Same’ah yang ingin tidur di rumah Pak Usu. Same’ah memberitahu bahawa mereka akan pergi selepas Asar nanti. (latar masa)
  • Mak Usu Bakyah sudah agak lama mengharapkan kedua-dua anak saudaranya itu bertandang tidur di rumahnya. Mak Usu Bakyah ialah adik bongsu Sidang Saman, berusia lebih tiga puluh lima tahun. Same’ah dan Adila gembira berada di rumah Mak Usuh Bakyah dan banyak kisah anak muda menjadi bahan bualan mereka.
  • Malam itu, mereka bertiga masih berjaga dan berbual tentang banyak perkara seperti hal perkahwinan Same’ah, persediaan menghadapi perkahwinan dan kisah Adila di England. (latar masa)
  • Adila menceritakan kisah hidup yang dirahsiakan sebelum ini. Sebelum dia meninggalkan tanah air untuk menuntut di England, dia mengenali Faizal yang berada di tahun akhir pengajiannya. Mereka berjanji untuk menunggu dan masing-masing bersumpah dalam hati untuk setia. Apabila pulang, Adila diberitahu bahawa Faizal sudah beristeri. Faizal datang berjumpa dengannya dan memujuk Adila kembali kepadanya. Adila tegas dengan keputusan yang tidak akan menerima kembali Faizal dan meminta ayahnya menghantarnya ke kampung itu. (latar tempat dan imbas kembali)
  • Adila memberitahu bahawa dia ingin berehat dan menenangkan fikirannya dahulu sebelum mencari pekerjaan. Adila ingin tinggal di kampung itu sehingga dia betul-betul yakin semula.
  • Mak Usu Bakyah menyatakan lelaki yang lurus dan jujur ialah Hafiz, tetapi kurang akal pula. Same’ah menyatakan kejujuran yang ada pada Hafiz tidak bermakna kerana tiada siapa yang mahukannya tetapi dibantah oleh Mak Usu Bakyah. (perwatakan dalaman)
  • Adila ingin mengetahui keistimewaan yang ada pada Hafiz. Mak Usu Bakyah menyamakan HafIz seperti sumur iaitu rupanya tidak elok, kelihatan airnya keruh dengan rumpai yang menyemarakkan tetapi tersembunyi sesuatu, umpama air segar dingin, bersih dan menyihatkan. Adila merasakan apa yang diperkatakan oleh Mak Usu Bakyah ada kebenarannya. (dialog)
Sumber: Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman.

Wednesday, 29 January 2014

PUN RAPAT, PUN JAUH...!



  • 'Pun' tergolong dalam jenis kata tugas yang disebut sebagai 'partikel'
  • Terdapat DUA cara menggunakan 'pun' iaitu secara terpisah dan secara rapat atau berangkai.
  • Bagi 'pun' yang membawa maksud JUGA, 'pun' hendaklah ditulis terpisah (jauh) dari kata yang mendahuluinya. Lihat contoh di bawah:-
  1. Mereka pun pergi. / Mereka juga pergi.
  2. Apa-apa pun yang kaubuat.... ./ Apa-apa juga yang kaubuat...
  3. Ali pun terpilih. / Ali juga terpilih.
  • Bagi 'pun' yang digunakan bersama-sama kata hubung, ejaannya ditulis serangkai dengan kata hubung tersebut.
  • Terdapat 13 kata hubung yang ditulis serangkai dengan 'pun' iaitu:-
  1. adapun
  2. lagipun
  3. ataupun
  4. walaupun
  5. andaipun
  6. sekalipun
  7. kalaupun
  8. biarpun
  9. sungguhpun
  10. mahupun
  11. meskipun
  12. kendatipun
  13. bagaimanapun

PERANAN TANDA NOKTAH...!


PENGGUNAAN TANDA TITIK ATAU NOKTAH
  • Penggunaan tanda baca seperti tanda sempang (-), koma (,), noktah (.) dan lain-lain sering dipandang mudah. Hal ini demikian kadang-kadang menimbulkan kekeliruan serta boleh mencacatkan aspek bahasa yang mahu diperkatakan.
  • Sebenarnya, tanda noktah bukan sahaja digunakan di penghujung sesebaris ayat, tetapi juga digunakan pada singkatan bagi gelaran, jawatan, pangkat dan sapaan. Lihat contoh di bawah:-
  1. Dr. (doktor)
  2. Sdr. (saudara)
  3. En. (Encik)
  4. Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)
  5. Tn. (Tuan)
  6. Y.M. (Yang Mulia)
  7. Prof. (Profesor)
  8. Kol. (Kolonel)
  • Tanda noktah juga digunakan pada singkatan yang umum seperti:-
  1. b.p. (bagi pihak)
  2. s.k. (salinan kepada)
  3. u.p. (untuk perhatian)
  4. m.s. (muka surat)
  5. dsb. (dan sebagainya)
  6. dll. (dan lain-lain)
  7. hlm. (halaman)
  8. spt. (seperti)
  9. b. (bin)
  10. bt. (binti)
  • Tanda noktah tidak digunakan bagi singkatan nama jabatan, institusi, organisasi dan pertubuhan. Lihat contoh di bawah:-
  1. DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
  2. LP (Lembaga Peperiksaan)
  3. JKR (Jabatan Kerja Raya)
  4. TNB (Tenaga Nasional Berhad)
  5. MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu)
  6. JPN (Jabatan Pendidikan Negeri)

PENGUKUHAN BAHASA...!


AKTIVITI PENGUKUHAN BAHASA
Tugasan Sempena Cuti Tahun Baharu Cina (3 Alpha dan 3 Lambda)

PEMANTAPAN EJAAN DAN ASAS TATABAHASA
Arahan:
A. Pastikan sama ada ejaan perkataan dan penggunaan frasa di bawah betul ataupun salah. Jika salah, sila buat pembetulan dan sediakan juga alasan-alasan.
  1. pasaraya
  2. kerjasama
  3. ulang kaji
  4. keretapi
  5. olahraga
  6. merbahaya
  7. ibu-bapa
  8. memperbanyakkan
  9. kecantikkan
  10. mensasarkan
  11. menenteramkan
  12. menyangkul
  13. memperolehi
  14. guris
  15. pinggan-mangkuk
  16. mencampur-adukkan
  17. sangat terkemuka
  18. fardhu
  19. juru terbang
  20. asal usul
  21. mempastikan
  22. mempamerkan
  23. sama-rata
  24. penguatkuasa
  25. terkenal sekali
  26. ibu-ibu bapa
  27. lagenda
  28. mendokong
  29. mengenengahkan
  30. ubah suai
B. Baca dan cuba kesan kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah, kemudian jika perlu silalah buat pembetulan.
  • Adik saya telah menemui dompetnya yang hilang.
  • Ayah akan menjalankan pembedahan usus di HUSM pada petang ini.
  • Adalah dimaklumkan bahawa permulaan cuti umum sempena Tahun Baru China ialah pada 30 Januari 2014.
  • Berapa umur awakkah?
  • Sekolah saya adalah sebuah sekolah yang paling cantik sekali di Kota Bharu.

Tuesday, 28 January 2014

JUSTERU...!

Kita sering menggunakan perkataan 'justeru' sebagai kata hubung ketika membina sesetengah ayat. Namun disebabkan kecuaian diri sendiri, secara tidak sedar kita telah menyalahgunakan 'justeru' dari segi makna dan penggunaannya.
  • Perkataan 'justeru' membawa maksud malahan atau bahkan.
  • Contoh penggunaan dalam ayat ialah:-
  1. Saya tidak pernah memburuk-burukkannya, justeru saya sering memuji-mujinya.
  • Namun begitu pada sesetengah pengguna bahasa, mereka beranggapan bahawa 'justeru' membawa maksud oleh itu. Tanggapan yang salah ini akan menyebabkan penciptaan ayat-ayat yang tidak tepat dan tidak gramatis, contohnya:-
  1. Banyak remaja pada hari ini terjebak oleh gejala dadah, justeru kita patut mengambil langkah yang lebih berkesan untuk menanganinya.

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU...!

Sesetangah ejaan perkataan bahasa Melayu masih tidak mengikut sistem ejaan rumi baharu, dan ini perlulah diberikan perhatian oleh pengguna bahasa terutamanya pelajar-pelajar. Hal ini demikian berlaku kerana beberapa faktor, antaranya golongan kata pinjaman, iaitu golongan kata daripada bahasa-bahasa lain yang diguna pakai oleh pengguna bahasa Melayu. Misalnya:-
  • tiket
  • lakon
  • perabot
  • pelancong
  • pamer
  • keraton
  • target
  • label
  • bajet
  • lelucon
  • kaget

Monday, 27 January 2014

SINOPSIS: SUTERA DALAM LUKISAN (BAB 4)...!

BAB 4: SIAPA YANG MENGERTI HATINYA

  • Pada awal pagi, Alias mengarahkan Hafiz membasuh motornya. Opah Arah, nenek kepada Alias muncul sehingga mengejutkan Hafiz. Opah Arah mempunyai perangai seperti Alias, iaitu amat tidak bertimbang rasa kepadanya. Sekiranya Alias mengapa-apakannya, orang tua itu bukan sahaja tidak mahu melarang malah seperti menggalakkannya pula. (latar masa, tempat dan perwatakan)
  • Hafiz dapat merasakan kebencian Opah Arah melalui air muka dan matanya, dan seolah-olah Opah Arah berdendam padanya. Dia sangat takut akan Opah Arah.
  • Hafiz berhati-hati memcuci motor Alias kerana tidak mahu tercalar sehingga boleh menaikkan kemarahan Alias. Jika Alias marah, apa-apa yang diharapkannya daripada Alias akan hampa sahaja.
  • Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai orang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya. Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya. (perwatakan dalaman)
  • Alias berbual-bual dengan Sahak dan Sani yang merupakan sahabat karibnya. Mereka berbual-bual tentang Adila. Mereka tidak percaya Adila yang berkelulusan universiti datang ke kampung untuk menoreh getah. Sahak dan Sani mencabar Alias supaya mendapatkan Adila. Puji-memuji dan bermegah merupakan kebiasaan perbualan mereka seolah-olah merekalah wira. (dialog)
  • Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan supaya Hafis pergi tanpa memberi satu sen pun. Hafiz tidak berganjak dan akan menuntut janji yang diberikan kepadanya. Andai sesiapa menjanjikan sesuatu kepadanya, dia dengan tegas mendakwa janji itu ditunaikan. Walaupun dia kenal sifat Alias, tetapi dia tidak mahu beralah. (perwatakan dalaman)
  • Alias meluru ke arah Hafiz tetapi tidak sempat menampar Hafiz kerana Mak Som melarang. Mak Som mengajak Hafiz ke dapur untuk sarapan dan memberinya seringgit. Mak Som menasihati Hafiz supaya tidak menurut kehendak atau suruhan Alias. (latar masyarakat)
Sumber: Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman

PEMBENTUKAN KN...!



PEMBENTUKAN KATA NAMA
Kata nama boleh terbentuk melalui pelbagai proses, antaranya proses pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan juga pembentukan kata tunggal. Cuba analisis proses yang berlaku di bawah:-

PENGIMBUHAN
  • Melalui proses ini kata nama terbitan akan terhasil.
Bil
Golongan Kata
Imbuhan
Kata Nama terbitan
1.
Lari (kata kerja)
Pe - an
pelarian
2.
Makan (kata kerja)
-an
makanan
3.
Manis (kata adjektif)
Pe-
Pemanis
4.
Cantik (kata adjektif)
Ke-an
kecantikan
PEMAJMUKAN
  • Kata majmuk ialah pasangan kata atau gabungan kata yang dibentuk atau terbentuk menjadi satu unit tersendiri yang juga mempunyai maksud yang tersendiri. 
Bil
Kata
Kata
Kata Majmuk
Maksud
1.
kereta
api
Kereta api
Kenderaan panjang menggunakan rel
2.
guru
besar
Guru besar
Pemimpin di sekolah rendah
3.
jalan
raya
Jalan raya
Sistem pengangkutan darat
4.
mata
pelajaran
Mata pelajaran
subjek
PENGGANDAAN
  • Kata nama juga boleh terbentuk melalui proses penggandaan untuk membentuk kata nama ganda.
Bil
Kata nama
Gandaan
Kata Nama Ganda
1.
sekolah
Penuh
sekolah-sekolah
2.
jari
Separa
jejari
3.
sayur
Berirama
sayur-mayur
4.
kuih
Berirama
kuih-muih
KATA TUNGGAL
  • Kata nama tunggal ialah kata nama yang terbentuk secara bersendirian atau berasingan. Contohnya:-
  1. bola
  2. kayu
  3. tilam
  4. tiket
  5. kupon
  6. pelakon
  7. perabot
  8. almari dan lain-lain.

Sunday, 26 January 2014

ESEI: KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN...!

Jiran merupakan orang yang tinggal sama ada bersebelahan atau di depan atau di belakang rumah kita. Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Kata jiran juga boleh ditukar ganti dengan kata tetangga. Kejiranan pula membawa makna hubungan yang terjalin dengan jiran atau hidup sebagai jiran.

Antara kepentingan semangat kejiranan ialah:-
  • mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.
  • mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni, aman damai dan sejahtera.
  • mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.
  • menjamin keselamatan kawasan kejiranan.
  • memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong.
  • membantu meningkatkan perkembangan ekonomi masyarakat dan negara.
  • membantu menjayakan projek masyarakat setempat.
  • mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan lain-lain.
  • menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara jiran.
  • menjana perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan kejiranan.
  • membantu mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran, buta huruf dalam kawasan kejiranan.
  • memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling, pelancong dan lain-lain.

SINOPSIS SUTERA DALAM LUKISAN (BAB 3)...!


BAB 3: MASIH ADA YANG SIMPATI

  • Dalam perjalanan ke bandar, Same’ah dan sepupunya, Adila melihat Hafiz tersandar pada tiang. Sudah lebih dua bulan Adila datang ke kampung dan tidak pasti bila akan pulang ke Kuala Lumpur. Kehadiran Adila banyak membantu Same’ah membuat persiapan perkahwinannya yang tidak sampai dua bulan lagi. (latar masa)
  • Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Same’ah dapat merasakan perhatian Adila kepada Hafiz selama dua bulan dia datang ke kampung itu. Dia sering memberitahu Same’ah bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya. Adila sudah mengetahui sedikit sebanyak kisah Hafiz. (perwatakan dalaman)
  • Same’ah kurang berminat untuk bercerita tentang Hafiz kerana perhatiannya adalah pada perkahwinan dan bakal suaminya. Hafiz padanya ialah mangsa keadaan.
  • Same’ah teringat kali pertama Adila bertemu dengan Hafiz dan peristiwa itu agak melucukannya. Dua hari selepas kedatangan Adila ke kampung itu, dia membawa Adila berjalan-jalan. Sebaik tiba di persimpangan jalan berhampiran jambatan, tiba-tiba Hafiz muncul dalam keadaan basah kuyup dan berlumpur. Kepalanya digeleng-gelengkan. Adila hilang pertimbangan dan berlindung di belakang Same’ah sambil memegang erat Same’ah. Adila cemas, mukanya pucat dan benar-benar ketakutan. (latar masa, tempat dan imbas kembali)
  • Adila memberitahu bahawa dia betul-cetul cemas pada hari itu apabila melihat Hafiz yang betul-betul menakutkannya.
Sumber: Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman

Friday, 24 January 2014

ESEI: KEMASLAHATAN MEMBELI BARANGAN KITA...!

  • Membantu meningkatkan perkembangan industri negara.
  • Membantu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia.
  • Menggalakkan perkembangan industri pelancongan.
  • Membantu mengatasi masalah pengangguran.
  • Meningkatkan semangat patriotik terhadap negara.
  • Mengurangkan kos perbelanjaan individu, keluarga dan negara.
  • Mengurangkan jumlah import negara.
  • Mengurangkan kebergantungan negara terhadap negara luar.
  • Membantu negara menjadi negara pengeksort produk tertentu. 

KEPUTUSAN STAM 2013 PADA 30 JAN...!

Pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 akan dibuat pada 30 Januari 2014. Calon-calon yang menduduki peperiksaan tersebut itu boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi hari berkenaan.
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.
Seramai 8,613 orang calon telah menduduki STAM 2013 di 116 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Thursday, 23 January 2014

MAKNA KATA KLASIK...!

Walaupun golongan kata lama atau klasik jarang-jarang digunakan kini, namun kemampuan kita mengetahui dan memahami makna dan penggunaannya, merupakan satu kelebihan ataupun bonus kepada kita.
Sila amati maksud kata klasik di bawah:-
  • melela - menggerak-gerakkan tangan, memperagakan diri.
  • menderam-deram - bunyi yang kuat menggegar dan berulang-ulang.
  • mengembari - menandingi, melawan, menentang.
  • mengkar - berkembang.
  • mukah - berzina.
  • mestika - tercantik.
  • onar - huru-hara, jahat.
  • pacal - yang hina.
  • pacar - tikar yang berlapis-lapis.
  • puri - istana
  • sarwa - sekalian, seluruh.
  • sida-sida - pegawai-pegawai istana.
  • singgahsana - takhta, tempat raja bersemayam.
  • gempita - riuh, gempar.
  • genta - loceng besar.
  • hatta - lalu, maka.
  • indera - dewa kayangan.
  • jemala - kepala.
  • kasmaran - mabuk cinta, berahi.
  • kaus - kasut, sepatu.
  • kecindan - gurau senda, jenaka.
  • kencana - emas.
  • kesuma - bangsawan
  • laksa - sepuluh ribu.
  • manikam - batu permata
  • mastuli/mastul - kain sutera yang kasar dan kuat.
  • mayapada - dunia ini.
  • pesara - pekan, pasar
  • pertala - lapis, tingkat.

Tuesday, 21 January 2014

RANGSANGAN PMR 2012...!

TUGASAN 3 ALPHA dan 3 LAMBDA

Sumber: Kertas BM 02/2 - Lembaga Peperiksaan

Dengan menggunakan bahan bercetak di atas, pelajar-pelajar dikehendaki menyenaraikan isi dengan menggunakan ayat-ayat yang lengkap. Kemudian, lengkapkan ruangan di bawah dengan menggunakan ayat-ayat yang berkaitan:-

PENDAHULUAN:-
  • AR:
  • AA:
ISI-ISI:-
  • AJ:
  • AH:
  • AC:

  • AJ:
  • AH:
  • UBI:

  • AJ:
  • AH:
  • AC:
PENUTUP:-
  • AK:
  • AP:



RINGKASAN: SOALAN PMR 2012...!

Sumber: BM2, PMR 2012, Lembaga Peperiksaan.

Isi-isi penting berdasarkan kehendak soalan iaitu kepentingan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid ialah:-
  1. Aktiviti kokurikulum dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.
  2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum menjadi salah satu syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Melalui kegiatan  kokurikulum, masa murid dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang sihat.
  4. Kokurikulum dapat melatih murid mempraktikkan nilai-nilai kemasyarakatan.
  5. Kokurikulum membantu murid dalam mengurangkan tekanan akibat proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  6. Kokurikulum dapat menyemai bakat kepemimpinan dalam kalangan murid.
  7. Kegiatan kokurikulum dapat mengcungkil potensi murid dalam bidang ini.
  8. Kegiatan ini juga penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum.


Monday, 20 January 2014

KURSUS PRAPERKHIDMATAN GURU...!

KURSUS PRAPERKHIDMATAN
Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:
i Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF
  SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  • Umur tidak melebihi 35 tahun
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
  • Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  • Calon KPLI j-QAF hendaklah memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quan atau dalam bidang yang berkaitan.
  IKATAN PERJANJIAN
  • KPLI SR - 2 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
  • KPLI j-QAF -
3 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
i Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) : PISMP, PPC, B-ed Tesl
  SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  • Umur tidak melebihi 20 tahun
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta;
    • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon
  IKATAN PERJANJIAN
5 tahun berkhidmat dengan kerajaan

Sumber: www.moe.gov.my

Sunday, 19 January 2014

SEMAK ONLINE KE TG. 4 SBP 2014...!


Ibu bapa dan pelajar boleh menyemak status permohonan ke tingkatan empat, Sekolah Berasrama Penuh dengan melayari alamat di bawah:-


SINOPSIS: SUTERA DALAM LUKISAN (BAB 2)...!


BAB 2 : INILAH DUNIA CIPTAANNYA

  • Sidang Saman menegur Hafiz dengan panggilan Bujei daripada jambatan sungai kecil itu. Hafiz rasa lucu apabila melihat kehadiran Sidang Saman kerana dia menyangka orang lain yang menunggang motosikal.
  • Sidang Saman memarahi Hafiz yang berkelakuan sedemikian. Hafiz memberitahu bahawa dia bertindak sedemikian kerana menganggap Lias yang datang kerana Lias selalu menyuruh Hafiz terjun sungai. (dialog)
  • Sidang Saman menghidupkan enjin motor sebaik sahaja azan maghrib berbunyi dan meminta Hafiz naik dengan segera sambil berlalu dari situ. (latar masa)
  • Hafiz kesal kerana perbuatannya yang sia-sia itu. Hafiz menggambarkan Alias yang merupakan orang yang ditakutinya di kampung itu. Apa-apa yang disuruh oleh Alias tidak pernah dibantahnya. Turun ke dalam sungai dan membasahkan diri serta mengotorkan seluruh badannya merupakan antara suruhan Alias. Alias akan menghukumnya andai dia membantah seperti disepak, dipukul dan diterajang. (imbas kembali)
  • Hafiz bergerak ke rumahnya dalam keadaan basah kuyup. Perutnya lapar dan dia sedang menjangka-jangka makanan yang akan mengisi perutnya malam nanti. Mungkin pisang berangan, lebihan semalam masih ada di dapur. Apa-apa makanan tidak menjadi halangan kepadanya asalkan perutnya berisi. (imbas muka)
  • Hafiz tinggal di rumah neneknya yang kurang sempurna. Dia membaiki sendiri rumah itu dan dijaganya dengan baik. Dia menyusun peralatan rumah dengan kemas. (perwatakan luaran)
  • Suasana gelap sebaik sahaja dia tiba di rumah. Selepas membersihkan diri, dia berlagak seperti menonton televisyen dan mendengar radio sambil makan pisang. Sesekali dia bersorak gembira, bertepuk tangan dan menjerit di hadapan televisyen. Itulah alamnya dan tiada sesiapa yang mengganggu. (perwatakan luaran)
  • Sambil berbaring di dalam kelambu, dia berangan-angan. Dia kerap kali mengingati keadaan dirinya yang akan berubah suatu hari nanti. Dia bercita-cita untuk mendapat kesenangan, bekerja dan bergaji besar. Dia ingin memandu sebuah kereta mewah yang akan menjadi pandangan dan sebutan seluruh penduduk kampung. Ketika itulah dia akan berkahwin dengan Same’ah. (imbas muka)
  • Same’ah ialah anak Sidang Saman. Same’ah baik dan bertimbang rasa kepadanya . Same’ah melayannya dengan dengan kasih sayang dan tidak pernah menganggapnya sama seperti anggapan orang lain terhadapnya. (perwatakan dalaman)
  • Dia merasakan Same’ah kasih kepadanya. Dia mengetahui bahawa Same’ah sudah bertunang dan dua bulan lagi akan melangsungkan perkahwinannya. Bakal suami Same’ah seorang pegawai di kota besar. Pernah beberapa kali dia berbual-bual dengan bakal suami Same’ah. Semua itu tidak menjadi halangan kepadanya untuk terus berangan bersama-sama Same’ah.
  • Hafiz akan tersedar setiap kali azan Subuh berbunyi. Dia akan terus mandi, menggosok gigi dan membersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Same’ah. Apa-apa suruhan Same’ah tidak pernah diingkarinya. (perwatakan dalaman)
  • Hafiz berkira-kira pekerjaan yang akan dilakukannya pada hari itu. Biasanya dia akan menunggu sesiapa sahaja di simpang berhampiran jambatan. Mereka mungkin akan mempelawanya untuk menolong di kebun. Apa yang penting baginya dia akan mendapat upah selepas itu. (imbas muka)
  • Hafiz berkata sendirian bahawa dia mesti bergaya sebelum pergi kerja ketika menyisir rambut. (monolog)
  • Dalam keadaan gelap pagi, Hafiz berjalan meninggalkan rumah. Dia tiba di persimpangan jalan berhampiran jambatan. Di bawah pokok bunga dia menunggu-nunggu dengan penuh harapan. Akhirnya dia duduk bersandar di pangkal pokok dan terlena di situ. (latar masa dan tempat)
  • Hafiz terjaga apabila dikejutkan oleh Kasim dan rakan-rakannya. Hafiz meminta air yang dibawa oleh Kasim sebagai bekal ke sekolah. Dia juga meminta kuih daripada Sulaiman. Sebagai upah, Hafiz perlu membawa beg sekolah mereka.
  • Sambil berbual-bual dengan kanak-kanak tersebut, Hafiz membayangkan jika dia menjadi guru besar, dia akan memberi cuti setiap hari seperti pekerjaannya kini sebagai pegawai yang bercuti setiap hari. Dia meminta supaya sampaikan salam kepada cikgu Salabiah. Hafiz meminta mi daripada Husin. Hafiz sempat mengingatkan rakan-rakannya itu supaya belajar bersungguh-sungguh. (imbas muka dan perwatakan dalaman)
  • Sebaik meninggalkan sekolah, Hafiz ke kedai makan kerana makanan yang diminta daripada budak-budak sekolah tadi belum mengenyangkannya. Langkahnya perlahan-lahan apabila sampai di kedai Pak Sulong, tetapi tiada orang yang mempelawanya. Hafiz menegaskan pada dirinya bahawa dia tidak mahu meminta-minta kerana dia mempunyai harga diri. Jika ada orang yang mempelawanya dia tidak akan menolak. (perwatakan dalaman)
  • Hafiz berdiri pada tiang kedai dan akhirnya terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia makan. Pada saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang kampung melihatnya seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan. (latar masyarakat)
  • Air mata Hafiz berlinangan, dia menekupkan kepala di atas lututnya dan tidak lama kemudian dia tertidur.
Sumber: Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman

PROMOSI III