CENDERAMATA / CENDERAHATI / CENDERADURJA...!

Perkataan cenderahati dan cenderamata sering menimbulkan tanda tanya. Sesetengah orang berpendapat bahawa perkataan cenderahati tidak wujud dan dianggap tidak gramatis jika digunakan. Sebenarnya perkataan cenderamata ataupun cenderahati yang sama-sama membawa makna hadiah atau buah tangan boleh digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, di muka surat 264, menjelaskan bahawa cenderahati sama maksud dengan cenderamata.
Malah ada satu lagi perkataan yang juga membawa maksud hadiah atau cenderamata atau cenderahati iaitu cenderadurja.
Contoh penggunaan dalam ayat:-
  1. Guru yang akan bersara itu banyak menerima cenderamata daripada para pelajar.
  2. Guru yang akan bersara itu banyak menerima cenderahati daripada para pelajar.
  3. Guru yang akan bersara itu banyak menerima cenderadurja daripada para pelajar.

Comments

Popular Posts