KULIAH KATA PEMERI...!


Pada 1 Januari 2014, kita mulakan langkah ke arah pengukuhan bahasa Melayu dengan membincangkan kesalahan penggunaan kata tugas iaitu kata pemeri iaitu 'ialah' dan 'adalah'. Walaupun nampak mudah dan 'sempoi' sahaja, namun banyak juga pengguna bahasa yang melakukan kesilapan. Cuba kita renungkan beberapa kesilapan penggunaan kata pemeri dalam ayat-ayat di bawah:-
  1. Bilik Gerakan ialah untuk tempat bermesyuarat bagi guru-guru sekolah ini.
  2. Ibu negeri Kelantan adalah Kota Bharu.
  3. Adalah dimaklumkan bahawa lawatan oleh Kelab Fotografi ke Pesta Buku Negeri terpaksa dibatalkan.
  4. Dia adalah merupakan Ketua Pengawas yang baharu.
  5. Hujah yang dikemukakan itu adalah berdasarkan bukti yang kukuh.
  6. Pemain bola sepak itu ialah dari negeri Kelantan.
  7. Jawapan ini adalah merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.
  8. Objektif aktiviti kelab pada hari ini ialah untuk melatih para ahli tentang penggunaan kompas dan peta.
  9. Harga barangan di kedai itu ialah sangat mahal.
  10. Cara mengawal pengambilan gula yang berlebihan ialah dengan mengurangkan pengambilan kicap serta sos dalam menu makanan.
PEMBETULAN:-
  1. adalah untuk
  2. ialah
  3. Dengan ini
  4. Dia merupakan / Dia ialah Ketua...
  5. itu berdasarkan 
  6. adalah dari
  7. merujuk
  8. adalah untuk
  9. adalah
  10. adalah dengan

Comments

Popular Posts