PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 12 January 2014

TUTORIAL (1) 3A...!


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Assalamualaikum para pelajar sekalian,
Petang ini anda akan melakukan aktiviti pembelajaran dalam talian. Semua pelajar dikehendaki mencari makna perkataan-perkataan di bawah dan seterusnya membina ayat yang sesuai dari segi makna ataupun penggunaannya.

efisien
  • makna:
  • ayat:
mapan
  • makna:
  • ayat:
juadah
  • makna:
  • ayat:
resmi
  • makna:
  • ayat:
hemat
  • makna:
  • ayat:
konflik
  • makna:
  • ayat:
sambalewa
  • makna:
  • ayat:

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. MOHAMAD NASRULLAH NAIM BIN MOHAMAD NOOR
    3 ALPHA

    efisien : 1 mampu mengerjakan sesuatu tugas dgn tepat dan cermat (tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja) 2 sesuai atau cocok benar digunakan utk sesuatu tujuan (kerana tidak membazirkan waktu, tenaga atau belanja).

    ayat : Encik Samad seorang pekerja yang menjalankan tugasnya dengan efisien.

    mapan: tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum

    ayat : hal tentang perebutan kuasa itu telah mapan dalam kalangan masyarakat.

    juadah : 1. sj makanan yg dibuat drpd beras pulut. 2. kuih atau penganan (secara umum). 3. makanan utk bekal; bekal.

    ayat : pelbagai juadah disediakan sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini.

    resmi : sifat semula jadi bagi sesuatu: Ikut ~ padi, makin berisi makin tunduk.

    ayat : Cikgu Ahmad mengarahkan anak muridnya agar mengikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk

    hemat : . cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah,

    ayat : Pelbagai usaha telah dilakukan oleh para guru untuk melahirkan modal insan yang berhemat.

    konflik :perselisihan atau pertentangan antara individu

    ayat : Amin cuba mengatasi konflik yang dihadapinya dengan tenang

    sambal lewa :tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu.

    ayat : Saya dibenci oleh rakan - rakan kerana bersikap sambalewa jika melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  3. Efisien : Sesuai, selaras, cekap dalam menjalankan tugas
    Ayat : Pembelajaran alam maya merupakan salah satu proses pembelajaran yang efisien.

    #NikNurulAisyah&IzzatySyamimi

    ReplyDelete
  4. Efisien
    makna: mampu mengerjakan sesuatu tugas dgn tepat dan cermat
    ayat: Para pekerja kilang roti itu melakukan kerja mereka dengan efisien dan teliti.

    Mapan
    makna:dikenali ramai
    ayat: Ramlee Awang Murshid merupakan salah seorang novelis yang mapan pada masa kini.

    Juadah
    makna: bekal (berupa makanan)
    ayat: Juadah yang disediakan oleh Puan Anita sangat menyelerakan.

    Resmi
    makna: sifat semula jadi sesuatu benda
    ayat: Kunjung-mengunjung merupakan adat resmi bagi masyarakat di Malaysia

    Hemat
    makna:tidak boros atau membazir
    ayat: Rosli membelanjakan wang simpanannya dengan berhemat.

    Konflik
    makna:persilisihan
    ayat: Konflik antara Hassan dan Adam mencetuskan perbalahan.

    Sambil lewa
    makna:mengerjakan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh
    ayat: Rahimi melakukan tugasnya dengan sambil lewa.

    ~Solehah & Intan (3A)

    ReplyDelete
  5. MOHAMAD NASRULLAH NAIM BIN MOHAMAD NOOR
    3 ALPHA

    efisien : 1 mampu mengerjakan sesuatu tugas dgn tepat dan cermat (tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja) 2 sesuai atau cocok benar digunakan utk sesuatu tujuan (kerana tidak membazirkan waktu, tenaga atau belanja).

    ayat : Encik Samad seorang pekerja yang menjalankan tugasnya dengan efisien.

    mapan: tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum

    ayat : ekonomi yang mapan penting untuk kestabilan negara

    juadah : 1. sj makanan yg dibuat drpd beras pulut. 2. kuih atau penganan (secara umum). 3. makanan utk bekal; bekal.

    ayat : pelbagai juadah disediakan sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini.

    resmi : sifat semula jadi bagi sesuatu: Ikut ~ padi, makin berisi makin tunduk.

    ayat : Cikgu Ahmad mengarahkan anak muridnya agar mengikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk

    hemat : . cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah,

    ayat : Hakim itu begitu hemat meneliti keterangan Encik Samad.

    konflik :perselisihan atau pertentangan antara individu

    ayat : Amin cuba mengatasi konflik yang dihadapinya dengan tenang

    sambal lewa :tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu.

    ayat : Saya dibenci oleh rakan - rakan kerana bersikap sambalewa jika melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  6. Efisien
    Makna : Mampu mengerjakan sesuatu tugas dgn tepat dan cermat (tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja).
    Ayat : Pelajar-pelajar 3 Alpha mampu untuk melakukan segala tugasan mereka dengan efisien.

    Mapan
    Makna : Sudah dikenali ramai.
    Ayat : Wafiq ialah pelajar yang mapan setelah dilantik sebagai ketua pelajar bagi sesi 2014 di Faris Petra.

    Juadah
    Makna : 1) Sejenis makanan yg dibuat drpd beras pulut. 2) Kuih atau penganan (secara umum). 3) Makanan utk bekal;bekal.
    Ayat : Ibu menyediakan pelbagai juadah yang enak untuk berbuka puasa.

    Resmi
    Makna : Sifat semula jadi bagi sesuatu.
    Ayat : Kita mestilah mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

    Hemat
    Makna : Tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat.
    Ayat : Aizat bercita-cita untuk menjadi orang yang kaya, jadi dia menggunakan wang sakunya secara hemat.

    Konflik
    Makna : Perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll.
    Ayat : Perselisihan faham yang kecil antara dua individu boleh menyebabkan konflik yang besar jika tidak diselesaikan dengan segera.

    Sambil lewa
    Makna : Tidak bersungguh­-sungguh (mengerjakan sesuatu dll).
    Ayat : Kami tidak suka melakukan sesuatu kerja secara sambil lewa.

    Dilaksanakan oleh :-
    1) Wan Nursyaza Dalili - 3 Alpha
    2) Nurul Syahirah - 3 Alpha

    ReplyDelete
  7. efisien: cekap,cermat
    ayat: Mereka melakukan kerja itu dengan efisien

    mapan: kukuh,mantap,stabil
    ayat: Kedudukannya pekerja itu mapan setelah dinaikkan pangkat.

    juadah: makanan
    ayat: Juadah untuk berbuka puasa itu amat enak.

    resmi:sifat semula jadi, sifat khas
    ayat:Resmi Mat Dollah tidak ubah seperti katak di bawah tempurung kerana tidak mengetahui tentang berita terkini.

    hemat:cermat,tidak boros,pendapat
    ayat:Pada hemat saya,beliau tidak patut berbuat demikian.

    konflik:berlainan pendapat,
    ayat:Perbincangan tadi telah menyebabkan konflik kerana tidak sependapat.

    sambalewa: tidak bersungguh-sungguh
    ayat:Dia melakukan kerja itu dengan sambalewa.

    zafri dan hazwan (3 alpha)

    ReplyDelete
  8. 1) Efisien =Sesuai,selaras,relevan
    Ayat =Kaedah pembelajaran yang baru diperkenalkan sangat efisien bagi pelajar di Malaysia.

    2) Mapan =Mantap,tidak berubah-ubah
    Ayat =Kemahiran seni ukir kayu Faiz sudah mapan setanding dengan pengukir kayu terkenal.

    3) Juadah =Pelbagai jenis kuih
    Ayat =Emak telah menyiapkan semua juadah yang ditempah oleh pelanggannya.

    4) Resmi =sifat semula jadi bagi sesuatu,adat
    Ayat =Masyarakat melayu masih mengamalkan adat resmi nenek moyang mereka pada era moden masa kini.

    5) Hemat =Pandangan ,pendapat
    Ayat =Pada hemat saya ,PMR sepatutnya diteruskan seperti sediakala .

    6) Konflik =Permasalahan ,perselisihan,ketidaksamaan pendapat.
    Ayat =Konflik antara Lokman dan Afik masih belum dapat diselesaikan.

    7) Sambalewa =Tidak bersungguh-sungguh,tidak bersemangat
    Ayat = Aiman melakukan modul yang diberi oleh Cikgu Zahar dengan sambalewa.

    #Faiz_Hilmi #Alif_Aiman #Luqman_Jariah #Afiq_Haripin

    ReplyDelete
  9. EFISIEN

    -Makna :
    kecekapan , mampu mengerjakan sesuatu tugas dgn tepat dan cermat (tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja) , sesuai atau cocok benar digunakan utk sesuatu tujuan (kerana tidak membazirkan waktu, tenaga atau belanja)
    -Ayat :
    Encik Zayn merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya kerana beliau sentiasa efisien ketika melakukan kerjanya.



    MAPAN
    -Makna : stabil , teguh , sudah dikenali ramai
    -Ayat : Ain Maisarah ialah salah seorang penulis yang mapan kerana novel ciptaannya amat menarik .



    JUADAH
    -Makna : kuih , makanan , juak-juak hamba raja yg mengiring raja atau yg membawa alat kebesaran raja
    -Ayat : Para hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang sudah lama terhidang .



    RESMI
    -Makna : sifat semula jadi bagi sesuatu , resam
    -Ayat : Puan Neelofa menasihatkan anak-anaknya menikut resmi padi iaitu semakin berisi semakin tunduk.



    HEMAT
    -Makna : hati-hati , tidak boros atau membazir
    -Ayat : Pemandu lori itu memandu lorinya dengan berhemat sekali .




    KONFLIK
    -Makna : perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan
    -Ayat : Konflik antara Hang Tuah dan Hang Jebat di dalam cerita itu cukup dramatik sekali.


    SAMBALEWA
    -Makna : tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu
    -Ayat : Louis Tomlinson membuat kerja sekolahnya dengan sambalewa bagai melepaskan batok di tangga.

    ReplyDelete
  10. efisien
    makna: bkn individu, organisasi, mesin, dll yg boleh menjalankan tugas dgn cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga)
    ayat: Rasuah mengakibatkan turunnya keefisienan dalam pentadbiran.

    mapan
    makna : tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap
    ayat : Mengikut tafsiran yg mula mapan dikalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi.

    juadah
    makna : beraneka jenis kuih dan makanan
    ayat : Pelbagai juadah disediakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    resmi
    makna : sifat semula jadi atau sifat khas
    ayat : Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

    hemat
    makna : tidak memboros atau membazir
    ayat : Pelajar haruslah menguruskan perbelanjaan secara berhemat

    konflik
    makna : perselisihan
    ayat : Terdapat sedikit konflik diantara pelajar untuk memilih ketua pelajar

    samballewa
    makna : tidak bersungguh-sungguh
    ayat : Pekerja itu melakukan kerja mereka secara menyambalewa .

    daripada : athirah, afina dan shahira





    ReplyDelete
  11. efisien= sesuai
    ayat=Pekerjaan yang lebih efisien untuk Hazwan ialah pegawai polis.

    mapan= stabil,kukuh,kuat
    ayat=Ekonomi di negara Iran semakin mapan.

    juadah=kuih yg dibuat drpd beras pulut
    ayat:

    resmi=sifat semula jadi
    ayat=

    hemat=pandangan
    ayat=Pada hemat ustaz Halim remaja sekarang semakin rendah akhlaknya.

    konflik=perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan
    ayat=Konflik antara Aqif dan Alif semakin teruk.

    sambal lewa=menyambalewa tidak sungguh-sungguh (dlm melakukan sesuatu)
    ayat=Pemuda itu melakukan tugasnya dengan sambal lewa.

    ReplyDelete
  12. EFISIEN = sesuai
    Ayat = Kita haruslah makan makanan yang efisien untuk menjaga kesihatan kita.

    Mapan = mantap
    Ayat = Persediaan awal yang mapan bagi menghadapi peperiksaan perlu diamalkan oleh pelajar pada masa sekarang.

    Juadah =hidangan
    Ayat = Ibu menyediakan juadah makan malam kepada kami sekeluarga.

    Resmi = kebiasaan
    Ayat = Membuat kuih adalah resmi baginya.

    Hemat = berjimat
    Ayat = Pemandu bas itu memandu dengan penuh berhemat untuk mengelakkan kemalangan.

    Konflik = bertentangan
    Ayat = Perbalahan antara Amirul dan Safdar menimbulkan konflik dalam hal ini.

    Sambal lewa = membuat kerja tidak bersungguh-sungguh
    Ayat = Arif dibuang kerja kerana membuat kerja sabal lewa.

    IKHMAL AQIF BIN ROSLAN ( 3 ALPHA )

    ReplyDelete

PROMOSI III