ESEI: SARANAN MEMAJUKAN INDUSTRI PERTANIAN..!


SOALAN:
  • Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita.
PENDAHULUAN:-
  • Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang direncanakan dan diuar-uarkan oleh kerajaan sejak tahun 2006 telah mendapat reaksi yang berbeza-beza. Sesetengah pihak mencetuskan kontroversi dengan mendakwa bahawa dasar yang mengutamakan sektor pertanian adalah tidak wajar ketika ledakan perkembangan ekonomi yang rata-rata berlandaskan teknologi kejuruteraan tinggi seperti sektor industri perkilangan, permotoran, digital dan lain-lain. 
  • Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan ekonomi negara, industri pertanian telah menjadi tulang belakang yang membolehkan Malaysia melangkah ke zaman Revolusi Perindustrian.
  • Hal ini demikian sekali gus menjadi indikator, bahawa pertanian sememangnya adalah penting.
IDEA-IDEA PENTING:-
  1. Kerajaan memainkan peranan yang paling dominan dalam menentukan hala tuju industri pertanian negara demi mencapai objektif ekonomi negara. Menubuhkan lebih banyak institut dan agensi seperti Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan baka yang baik serta prodiktif.
  2. Kerajaan perlu memajukan sektor pemasaran hasil pertanian melalui agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA). Pemasaran di sini merangkumi pemasaran di peringkat lokal dan antarabangsa.
  3. Kerajaan juga seharusnya merencana pelbagai kursus dan latihan kepada para petani. Pendedahan kepada teknik pertanian moden dan berkesan akan membantu melonjak pertumbuhan ekonomi sektor pertanian negara. Mereka perlu didedahkan dengan teknologi nano dan bioteknologi yang pasti menambahkan kecekapan dan produktiviti hasil pertanian.
  4. Kerajaan melalui sektor tertentu dibantu oleh agensi perbankan menyediakan kredit mudah kepada usahawan tani mendapatkan jentera dan mesin, bilik sejuk beku, kenderaan pengangkutan dan lain-lain.
  5. IPTA dan IPTS berganding bahu dengan kerajaan memajukan indistri pertanian negara dengan menawarkan kursus dan jurusan yang berkaitan dengan pertanian seperti Sains Pertanian, Sains Veterina bagi menyalurkan tenaga pakar dan mahir ke dalam sektor pertanian.
  6. Masyarakat dan golongan belia khususnya mestilah membetulkan tanggapan dan minda mereka yang sering memandang rendah terhadap kerjaya yang berkaitan industri pertanian. Mereka mestilah berfikiran secara matang dan rasional, bahawa sektor pertanianlah yang membekalkan makanan ruji negara yang kekal menjadi santapan harian penduduk negara kita.
PENUTUP:-
  • Kesimpulannya, semua pihak perlulah bahu membahu dan beriringan memajukan sektor pertanian kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 
  • Kita perlu sedar dan insaf bahawa negara kita pernah melalui detik-detik hitam apabila negara kita dilanda kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-an, menyebabkan negara terpaksa mengimport komoditi makanan dari negara luar dengan harga yang tinggi.

Comments

Popular Posts