PENAJA

RAKAN ILMU

Saturday, 28 June 2014

KERAP KALI SILAP...!

KESALAHAN EJAAN
PEMBETULAN
MAKNA KATA
Was-was
Waswas
Perasaan sangsi, curiga dan ragu-ragu
War-war
Wara-wara
Pemberitahuan, pengumuman
Lagenda
Legenda
Kisah sejarah bercampur unsur dongeng
Guris
Gores
Garis, calar, menggores, menggaris
Sambil lewa
Sambalewa
Tidak bersungguh-sungguh
Losyen
Losen
Cecair yang disapu pada kulit

Saturday, 21 June 2014

AKURJANJI / AKUR JANJI / AKUJANJI / AKU JANJI...!

Kebiasaannya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar akan membuat ................ di hadapan guru-guru serta ibu bapa akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan akademik pelajar dan sekolah berkenaan. ......................... juga terpaksa dibuat sempena majlis pelantikan pengawas, menerima tugas dan sebagainya.
Cuma pada kesempatan kali ini, cikgu ingin bertanya kepada pembaca sekalian, antara keempat-empat frasa yang menjadi topik di atas, yang manakah yang betul? Adakah akurjanji, akur janji, akujanji ataupun aku janji?
Pada pemerhatian cikgu, penggunaan frasa tersebut menjadi 'kelam-kabut' disebabkan ketidakprihatinan pengguna bahasa Melayu dalam memahami makna sesuatu frasa atau kata serta kejahilan mereka tentang kaedah pemajmukan serta pembentukan sesuatu kata.
Setelah merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, cikgu ingin memaklumkan bahawa hanya 'aku janji' sahaja yang BETUL dan gramatis untuk diguna pakai.
Jika waswas juga, sila rujuk Kamus Dewan yang dimaksudkan pada muka surat 28.

Friday, 20 June 2014

ESEI: KEBAIKAN/KEBURUKAN PERTANIAN TRADISI...!

Kebaikan pertanian secara tradisional:-
  • tidak memerlukan kos dan modal yang besar;
  • tidak memerlukan jentera dan teknologi canggih;
  • hasil pertanian yang bebas daripada pencemaran bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan manusia;
  • mesra alam dan tidak mendatangkan pencemaran terhadap alam sekitar;
  • mewujudkan ikatan yang erat dalam kalangan keluarga.
Keburukan pertanian secara tradisional:-
  • tidak menghasilkan pendapatan yang banyak kepada petani;
  • hasil pertanian yang kurang bermutu;
  • mudah terdedah kepada serangan penyakit dan serangan makhluk perosak;
  • memerlukan jangka masa yang lama kerana menggunakan tenaga manusia dan binatang;
  • menjadikan golongan petani hidup dalam kemiskinan;
  • merosakkan alam sekitar ( pertanian pindah );
  • pergantungan yang besar kepada keadaan cuaca dan persekitaran.

Tuesday, 17 June 2014

ESEI: PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI KEMEROSOTAN AKADEMIK PELAJAR...!

Kebanyakan ibu bapa amat mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit, meluangkan masa dan memerah tenaga demi kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan terutamanya ketika di bangku persekolahan.
Namun akhir-akhir ini banyak masalah yang menggugat pencapaian akademik pelajar seperti masalah tidak berminat belajar, ponteng sekolah dan masalah disiplin. Masalah ini perlu ditangani segera supaya tidak menular sehingga menjejaskan pembangunan modal insan di negara ini.

Antara peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar ialah:-
  • Ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada punca-punca berlakunya kemerosotan akademik.
  • Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak.
  • Ibu bapa perlu mengutamakan kebahagiaan rumah tangga.
  • Ibu bapa perlu mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.
  • Ibu bapa perlu mempelajari cara-cara yang berkesan untuk membimbing anak-anak.
  • Ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas atas kejayaan dalam pelajaran atau tingkah laku yang baik anak-anak.
  • Ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak-anak memberikan pendapat.
  • Ibu bapa perlu mendengar keluhan anak-anak bagi mengatasi emosi mereka.
  • Ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang akrab dengan anak-anak.
  • Ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk memantau perkembangan anak-anak.
  • Ibu bapa perlu terlibat secara aktif dalam PIBG.
  • Ibu bapa seharusnya mengenal pasti kelebihan dan kelemahan anak dalam pelajaran.
  • Ibu bapa seharusnya menyediakan segala keperluan yang dapat membantu kecemerlangan anak-anak.
  • Ibu bapa seharusnya sentiasa berdoa atas kejayaan anak-anak.

Monday, 16 June 2014

LAWAK HARI GURU...!

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah
hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah….. macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu…. tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah Mamat kerja apa?
Murid-murid: PENGGALI KUBUUUUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.

Sunday, 15 June 2014

INSTRUMEN CONTOH PT3...!

Kini Lembaga Peperiksaan telah membekalkan instrumen contoh bagi Pentaksiran Tingkatan 3 untuk setiap mata pelajaran yang diuji dalam PT3 bermula tahun 2014 ini. Guru-guru, ibu bapa serta para pelajar boleh melayari web rasmi Lembaga Peperiksaan untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini berkenaan format soalan bagi setiap subjek yang akan diuji nanti. Sila layari alamat web Lembaga Peperiksaan seperti di bawah:


Berdasarkan instrumen contoh Bahasa Melayu ujian bertulis, format ujian ini memperuntukkan selama 2 jam masa menjawab dan markah penuhnya ialah 100. Calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan Bahagian A(Sistem Bahasa), Bahagian B(Pemahaman Teks), Bahagian C(Pemindahan Maklumat) dan satu soalan Bahagian D(Penulisan Karangan).
Pembahagian markahnya pula ialah:-
  • Bahagian A - 25 markah
  • Bahagian B - 30 markah
  • Bahagian C - 15 markah
  • Bahagian D - 30 markah
  • JUMLAH   - 100 markah

Contoh muka depan instrumen contoh BM 2 PT3

Friday, 13 June 2014

SEMAK RESULT MATRIK 2014...!

Aplikasi Semakan Keputusan
Peperiksaan Matrikulasi Online
Kolej-Kolej Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Isikan USERID anda:
Nota: Format USERID: NO.MATRIK + 6 DIGIT terakhir dalam No.KP
Contoh: MA0455527085026295
UserID :   

SEMAKAN KEMASUKAN PRAUNIVERSITI 2014/2015...!

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM SESI 2014/2015

10 June 2014
Dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Permohonan Program Pra-Universiti KPM di Sekolah Sukan Malaysia bagi sesi Akademik 2014/2015 kini telah dibuka.

Tuesday, 10 June 2014

ESEI: LANGKAH MEMBANTERASKAN PENDERAAN...!

Masih ada manusia pada era ini yang memiliki sifat kebinatangan yang langsung tidak berperikemanusiaan. Mereka ini tergamak melakukan kezaliman dan keganasan terhadap mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak yang tidak berdaya yang sepatutnya dilindungi dan diberikan kasih sayang.
Lihat saja kes yang melibatkan adik Syafiah Humairah, 3 tahun didera secara sadis sehingga menyebabkannya mati secara kejam. (Berdasarkan laporan akhbar Mingguan Malaysia, 28 Februari 2010)
Bermula dari hari ini, banyak orang akan bercakap tentang adik Syafiah, banyak orang yang bersimpati dan banyak orang yang akan tampil dengan pelbagai teori, tetapi … itu biasanya hanyalah sekejap sahaja. Hangat-hangat tahi ayam. Lepas itu, masyarakat akan kembali seperti sediakala, seperti pahat dengan penukul!
Banyak usaha yang boleh dilaksanakan demi membanteraskan kejadian penderaan ke atas kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa ini agar kejadian yang berlaku ke atas adik Syafiah tidak akan berulang lagi. Antaranya:-
  • Kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang tanggungjawab terhadap kanak-kanak wajib ditingkatkan.
  • Peranan masyarakat sekeliling sebagai mata dan telinga pihak berkuasa perlu digerakkan.
  • Tingkatkan pendidikan agama dalam kalangan masyarakat agar masyarakat lebih terdidik dengan ajaran agama yang secara langsung dapat menyekat kejadian yang tidak bertamadun ini.
  • Kursus keibubapaan oleh pihak-pihak tertentu wajar diperbanyak agar para ibu bapa lebih sedar akan peranan mereka dalam institusi kekeluargaan.
  • Menggubalkan undang-undang bukan sahaja menghukum pesalah malah menggubal undang-undang pencegahan awal agar segala kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
  • Peranan ahli keluarga terdekat dalam memberikan nasihat, mengambil berat dan bertindak tegas terhadap ahli keluarga sendiri yang terlibat hendaklah ditingkatkan.
  • Kerajaan melalui kementerian tertentu perlu mengambil langkah-langkah proaktif dan relevan dalam menangani kes penderaan terhadap kanak-kanak ini.
  • Membasmikan masalah kemiskinan dan keciciran dalam pelajaran juga boleh membantu mengurangkan kes penderaan.
  • Anggota polis perlu diberikan latihan yang cukup untuk membanteraskan kejadian ini manakala anggota masyarakat pula perlu prihatin dan bukan sekadar bertindak sesudah terlewat.
  • Pemimpin masyarakat mestilah memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan dalam mengesan dan seterusnya membanteraskan kes penderaan ini.
  • Pihak berwajib hendaklah mewujudkan pusat-pusat jagaan yang sempurna untuk menempatkan kanak-kanak yang malang agar mereka mendapat perhatian dan kebajikan.
  • Manusia-manusia yang didapati menjadi pendera ini hendaklah diberikan pengajaran yang secukup-cukupnya setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.

Sunday, 1 June 2014

KONTEMPORARI...!

Sofa kontemporari...?
Perkataan ini sering benar digunakan sekarang. Bunyinya pun agak hebat dan menarik. Tapi sayang, kadang-kadang penggunaannya tidak beberapa sesuai dan tepat.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau masa kini. Lihat penggunaan di bawah:-
  • fesyen kontemporari  > fesyen masa kini
  • hiasan yang kontemporari  > hiasan yang terkini
  • sajak kontemporari  > sajak alaf baru
  • pensyair kontemporari  > pensyair baharu

PROMOSI III