AKURJANJI / AKUR JANJI / AKUJANJI / AKU JANJI...!

Kebiasaannya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar akan membuat ................ di hadapan guru-guru serta ibu bapa akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan akademik pelajar dan sekolah berkenaan. ......................... juga terpaksa dibuat sempena majlis pelantikan pengawas, menerima tugas dan sebagainya.
Cuma pada kesempatan kali ini, cikgu ingin bertanya kepada pembaca sekalian, antara keempat-empat frasa yang menjadi topik di atas, yang manakah yang betul? Adakah akurjanji, akur janji, akujanji ataupun aku janji?
Pada pemerhatian cikgu, penggunaan frasa tersebut menjadi 'kelam-kabut' disebabkan ketidakprihatinan pengguna bahasa Melayu dalam memahami makna sesuatu frasa atau kata serta kejahilan mereka tentang kaedah pemajmukan serta pembentukan sesuatu kata.
Setelah merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, cikgu ingin memaklumkan bahawa hanya 'aku janji' sahaja yang BETUL dan gramatis untuk diguna pakai.
Jika waswas juga, sila rujuk Kamus Dewan yang dimaksudkan pada muka surat 28.

Comments

Post a Comment

Popular Posts