ESEI: PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI KEMEROSOTAN AKADEMIK PELAJAR...!

Kebanyakan ibu bapa amat mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit, meluangkan masa dan memerah tenaga demi kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan terutamanya ketika di bangku persekolahan.
Namun akhir-akhir ini banyak masalah yang menggugat pencapaian akademik pelajar seperti masalah tidak berminat belajar, ponteng sekolah dan masalah disiplin. Masalah ini perlu ditangani segera supaya tidak menular sehingga menjejaskan pembangunan modal insan di negara ini.

Antara peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar ialah:-
  • Ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada punca-punca berlakunya kemerosotan akademik.
  • Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak.
  • Ibu bapa perlu mengutamakan kebahagiaan rumah tangga.
  • Ibu bapa perlu mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.
  • Ibu bapa perlu mempelajari cara-cara yang berkesan untuk membimbing anak-anak.
  • Ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas atas kejayaan dalam pelajaran atau tingkah laku yang baik anak-anak.
  • Ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak-anak memberikan pendapat.
  • Ibu bapa perlu mendengar keluhan anak-anak bagi mengatasi emosi mereka.
  • Ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang akrab dengan anak-anak.
  • Ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk memantau perkembangan anak-anak.
  • Ibu bapa perlu terlibat secara aktif dalam PIBG.
  • Ibu bapa seharusnya mengenal pasti kelebihan dan kelemahan anak dalam pelajaran.
  • Ibu bapa seharusnya menyediakan segala keperluan yang dapat membantu kecemerlangan anak-anak.
  • Ibu bapa seharusnya sentiasa berdoa atas kejayaan anak-anak.

Comments

Popular Posts