PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 10 August 2014

BABAK DRAMA GELANGGANG TUK WALI...!

KOMSAS TINGKATAN 4

DRAMA Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan)

Sinopsis

Babak 1
Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu.

Babak 2
Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali.

Babak 3
Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.

Babak 4
Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.

Babak 5
Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabilabanyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali.

Tema
Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.

Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III