PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 3 August 2014

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN...!

 Hikayat Opu Daeng Menambun


Sinopsis

Cerita mengisahkan jurai keturunan Raja-raja Kalimantan, bermula dengan Sang Raja Majapahit yang beranakkan Brawijaya. Brawijaya menjadi raja di Benua Lama dan mempunyai anak yang bernama Raja Baporang.

Jurai Raja-raja Kalimantan ini berkembang apabila dikahwinkan dengan anak-anak raja dari negeri yang lain. Mereka kemudiannya dikahwinkan dengan anak raja negeri tersebut. Ada juga yang menjadi raja di negeri persinggahan itu.

Raden Sulaiman digelar Sultan Muhammad Saifuddin di negeri Sambas. Opu Daeng Chelak menaiki takhta menggantikan Opu Daeng Merewah yang meninggal dunia di Riau. Raden Bima dititahkan ke Sukadana dan dikahwinkan dengan Puteri Indera Kesuma yang bersaudara dengan Sultan Muhammad Zainuddin.

Jurai-jurai ini berterusan sehinggalah kepada Opu Daeng Menambun. Opu Daeng Menambun merupakan Raja Bugis. Baginda berkahwin dengan Puteri Kesumba, anak kepada Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba dikurniai sepuluh orang anak. Lima orang lelaki dan lima orang perempuan.

Tema:

Jurai keturunan Kesultanan Melayu di rantau Kepulauan Melayu. Hikayat ini menceritakan susur-galur keturunan raja-raja Kalimantan yang bermula dengan Sang Raja Majapahit dan berterusan sehingga Opu Daeng Menambun.

Persoalan:
  • Perkembangan jurai keturunan raja-raja Kalimantan.
  • Hubungan diplomatik yang dibina melalui hubungan perkahwinan. Raja-raja keturunan Kalimantan berkahwin dengan anak-anak raja dari negeri lain.
  • Kebesaran kerajaan Melayu pada abad ke-8.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III