ESEI: PERANAN IBU BAPA GALAKKAN ANAK BERSUKAN...!



  • PENDAHULUAN:-

Bersukan bukan lagi boleh dianggap sebagai aktiviti masa lapang dan riadah semata-mata. Selaras dengan perkembangan dunia pada hari ini, sukan bukan sahaja berubah dari segi disiplin dan peraturan malah perubahan yang paling ketara adalah dari segi fungsi ataupun peranan. Kini sukan terutamanya bola sepak, badminton, tenis, golf, bola keranjang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Kini sukan telah menjadi salah satu bentuk kerjaya yang menarik dan menjadi pilihan.

  • IDEA-IDEA PENTING:-
  1. Ibu bapa menjadi contoh teladan kepada anak-anak. Bagi menggalakkan anak-anak berminat dan bergiat aktif dalam aktiviti sukan, ibu bapa hendaklah menjadi contoh teladan dan cerminan kepada mereka. Para ibu bapa sewajarnya perlu terlebih dahulu mempamerkan minat dan kesungguhan mereka dalam melibatkan diri dalam aktiviti sukan, contohnya pada setiap petang mereka keluar berjoging dan ke lapangan untuk latihan sukan.
  2. Ibu bapa menyediakan keperluan sukan terhadap anak-anak. Bagi menjalani aktiviti bersukan, biasanya kita perlu memiliki peralatan tertentu yang sudah semestinya terpaksa mengorbankan perbelanjaan. Besar atau kecilnya perbelanjaan itu bergantunglah pula kepada jenis sukan yang kita terlibat. Kegagalan ibu bapa menyediakan peralatan yang dimaksudkan boleh memadamkan minat anak-anak terhadap sukan yang diminatinya.
  3. Memberikan latihan yang khusus kepada anak-anak. Ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar atau mendaftarkan anak-anak di kelab-kelab sukan yang menjadi pilihan. Dengan cara ini anak-anak akan diberikan peluang mengikuti skim latihan yang sistematik daripada jurulatih-jurulatih yang berkelayakan. Bakat dan minat anak-anak dapat digilap sejak mereka masih di bangku persekolahan.
  4. Mendedahkan anak-anak kepada pertandingan-pertandingan yang berprestij. Ibu bapa disarankan agar dapat membawa anak-anak mereka menyaksikan perlawanan atau pertandingan sukan di pelbagai peringkat. Jika sukan bola sepak, kejohanan yang berlangsung di negara kita seperti Kejohanan Piala FA, Piala Liga Malaysia dan seumpamanya. Anak-anak yang diberikan pendedahan sebegini dipercayai akan mempunyai minat yang lebih mendalam dalam sukan-sukan tersebut. 
  5. Menyediakan ganjaran dan hadiah kepada anak-anak yang berjaya. Anak-anak yang mempamerkan kehebatan dan seterusnya mencapai kejayaan wajar diberikan ganjaran dan hadiah. Walaupun nilai ganjaran itu tidak begitu penting, namun reaksi ibu bapa ini semestinya akan membakar semangat anak-anak lebih bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam sukan.


Comments

Post a Comment

Popular Posts