PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 29 October 2014

RAMALAN ESEI SPM 2014...!

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA

TEMA SEMANGAT PATRIOTIK
1. Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang bertajuk ‘Penerapan Semangat Patriotik Dalam Kalangan Generasi Muda Kini’.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

 

Cadangan Idea

 

a.        Kata alu-aluan dan tajuk ceramah
b.        Maksud patriotik
c.        Cara penerapan – cerita, aktiviti, filem, kempen
d.    Kesan – naikkan semangat majukan negara, nilai cinta negara, semangat   berpasukan dan perpaduan
e.        Harapan


2.  Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.


Cadangan Idea
 

a.        Mempelajari mata  pelajaran sejarah dengan penuh minat
b.        Menonton filem tentang sejarah negara
c.        Membaca buku sejarah negara
d.        Mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan negara
e.        Mengunjungi tempat-tempat bersejarah di pelbagai negeri
f.         Menyertai sambutan kemerdekaan negara


3.     Anda telah mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan pidato peringkat daerah. Tajuk pidato anda ialah “Tanggungjawab Ibu Bapa Memupuk Semangat Patriotik dalam Jiwa Anak-anak’.
Tuliskan teks pidato itu selengkapnya. 

Cadangan Idea 

a.        Ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak peri pentingnya semangat patriotik
b.        Ibu bapa membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah
c.        Ibu bapa menyediakan buku-buku/bahan bacaan/ visual yang berkaitan sejarah dan kenegaraan
d.        Ibu bapa menceritakan jasa/pengorbanan tokoh-tokoh pemimpin/pejuang kemerdekaan

e.        Ibu bapa menggalakaan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti bertemakan semangat patriotic
  
TEMA KEMASYARAKATAN


1. Semangat kejiranan yang semakin luntur telah menyebabkan timbulnya berbagai-bagai masalah dalam masyarakat.
Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya. 

Cadangan Idea
 

                  Faktor-faktor
 

a.        Perubahan pola/gaya hidup/ kesibukan dengan kerjaya
b.        Kemajuan dalam bidang teknologi
c.       Kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan hidup berjiran/ masyarakat      bersifat individualistik
d.        Jurang status sosioekonomi
e.        Semangat perkauman yang masih menebal


  Cara-cara mengatasi 

a.      Ibu bapa perlu menyuburkan amalan kejiranan dalam kalangan anak sejak kecil
b.     Ibu bapa perlu membawa/menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kejiranan    seperti aktiviti gotong- royong, kenduri-kendara
c.    Masyarakat menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan di peringkat        kawasan kediaman – Rukun

          Tetangga, Sistem Rondaan Sukarela (SRS), Rakan Cops
d.   Masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat seperti tolong-menolong, ziarah-menziarahi
e. Kerajaan memperbanyak penganjuran program kemasyarakatan peringkat kebangsaan seperti majlis rumah terbuka 
2.    Statistik di atas menunjukkan bahawa tidak kurang daripada 47 kemalangan telah dilaporkan berlaku pada setiap hari di lebuh raya tidak termasuk jalan-jalan lain.

Selaku rakyat yang prihatin, cadangkan langkah-langkah berkesan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Cadangan anda hendaklah dihuraikan dan disertai oleh bukti yang kukuh. 

Cadangan idea
a.        Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas lagi
b.        Pihak kerajaan perlu mengetatkan syarat untuk mendapatkan lesen memandu
c.        Pasukan peronda polis dan JPJ perlu membuat pemantauan secara berterusan di jalan-jalan yang berisiko

          berlakunya kemalangan
d.        Masyarakat perlu mengubah sikap ketika memandu
e.        Masyarakat perlu mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya
f.         Masyarakat perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memandu
g.        NGO perlu melancarkan kempen pemanduan berhemah
h.        Swasta perlu memastikan supaya jelan raya sentiasa berada dalam keadaan baik


 

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III