PENAJA

RAKAN ILMU

Tuesday, 4 November 2014

BM2 2014:SOALAN NO.3...!

CONTOH / CADANGAN JAWAPAN:

  • Soalan 3(a) iaitu membina ayat:-
(i) putih bersih
Uniform sekolah itu menjadi putih bersih selepas dicuci dengan sabun jenama baharu itu.
(ii) bersatu hati
Penduduk kampung kita perlu bersatu hati dalam membuat keputusan.
(iii) titik permulaan
Kejayaan dalam SPM nanti akan menjadi titik permulaan untuk saya mengejar cita-cita.
(iv) kenangan manis
Diharapkan peristiwa ini akan menjadi kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.
(v) berpandangan jauh
Kebiasaannya orang-orang tua berpandangan jauh ketika mengambil sesuatu tindakan.
(vi) menenangkan fikiran
Awak sepatutnya membaca al-Quran untuk menenangkan fikiran awak yang kusut itu.
Komen:-
Calon-calon perlu menunjukkan bahawa mereka faham akan maksud dan cara menggunakan rangkai kata di atas dalam ayat.
Calon-calon tidak perlu membina ayat-ayat yang panjang dan kompleks.
  • Soalan 3(b) iaitu mengenal pasti subjek dan predikat dalam tiga ayat yang diberikan.
(i) Subjek : Atlet muda itu
     Predikat : telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.
(ii) Subjek : Sejak di bangku sekolah lagi 
      Predikat : abang terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang
(iii) Subjek : Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi
       Predikat : menjadi tanggungjawab semua pihak
  • Soalan 3(c) iaitu kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan
(i) dailog - dialog (ejaan) ; berdekatan - terdekat (imbuhan)
(ii) berbillion - berbilion (ejaan) ; persediaan - menyediakan (imbuhan)
(iii) ekspress - ekspres (ejaan) ; menjalani - menjalankan (imbuhan)
  • Soalan 3(d) iaitu kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa
(i) profesion - profesional (istilah) ; dikagumi oleh saya - saya kagumi (tatabahasa)
(ii) dimakan zaman - ditelan zaman (istilah) ; beberapa langkah-langkah - beberapa langkah (tatabahasa)
(iii) menyusur - mengalir (istilah); di suatu masa - pada suatu masa (tatabahasa)

3(e) ... selepas ini, kilat petir sabung-menyabung !

Sunday, 2 November 2014

MANFAAT MENYERTAI SUKAN LASAK...!




PENDAHULUAN:-
  • Sukan lasak semakin digemari dan menjadi pilihan dewasa ini.
  • Menjanjikan aksi dan cabaran yang bukan senang untuk ditempuhi.
  • Memerlukan semangat juang dan keberanian yang tinggi di samping terpaksa menanggung kos yang bukan sedikit.
  • Antara faktor kenapa sukan lasak semakin diminati ialah:-
  1. mencari kelainan
  2. menguji keupayaan mental dan fizikal diri sendiri
  3. menyahut cabaran
  4. menikmati keindahan alam sekitar
IDEA-IDEA PENTING:-
  • Meningkatkan keyakinan dan kemampuan diri
  • Menanam semangat kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan peserta
  • Menguji kebolehan dan tahap keberanian individu
  • Memupuk disiplin yang tinggi
  • Menikmati keindahan dan keunikan alam sekitar
  • Memupuk kesedaran tentang alam sekitar
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan
  • Menghargai kebesaran Ilahi

PROMOSI III