ESEI: FAEDAH MENGADAKAN RUMAH TERBUKA...

Konsep 'majlis rumah terbuka' memang sudah tidak asing kepada segenap lapisan masyarakat di negara kita. Majlis rumah terbuka yang diadakan bersempena menyambut sesuatu perayaan itu bertujuan untuk meraikan tetamu yang merupakan jiran tetangga, saudara-mara, rakan taulan sama ada yang dekat mahupun yang jauh tanpa mengira perbezaan agama, etnik dan budaya. 
 
Penganjuran rumah terbuka ini telah menjadi sesuatu kemestian kini dan kerajaan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat perlu diteruskan. Pihak kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan cuba memperluas penganjuran majlis rumah terbuka ini ke peringkat yang lebih tinggi dan lebih besar sambutannya. Kini majlis-majlis rumah terbuka dianjurkan oleh pelbagai peringkat, bermula dari institusi keluarga, jabatan, negeri dan juga peringkat kebangsaan. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu, Majlis Rumah Terbuka Depavali dan lain-lain pasti dianjurkan apabila tiba masanya.
 
Pelbagai faedah/manfaat/kemaslahatan menganjurkan majlis rumah terbuka, antaranya:-
  • Bukan sekadar program makan-makan sebaliknya yang lebih penting ialah wadah untuk mengeratkan persefahaman antara pelbagai kaum di negara ini.
  • Dapat menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat.
  • Penganjuran majlis rumah terbuka dapat menjalinkan ikatan persahabatan dan kemesraan.
  • Dapat menyemarakkan perkembangan industri pelancongan negara yang membawa kepada peningkatan imej negara.
  • Memberikan peluang dan ruang kepada setiap rakyat untuk mengenali dan menikmati perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
  • Menyediakan mekanisme jitu dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik dan terpinggir.
  • Dapat memperkenalkan aset pelancongan negara kepada dunia luar seperti pelbagai juadah makanan, fesyen, kraf tangan, kesenian dan sebagainya.
  • Menjadi medan pertemuan antara golongan pemimpin dengan rakyat jelata.

Comments

  1. thank you so much. even though this was not a full essay, your points are a whole lot better and clearer than everything else online which are just unnecessarily complicated.

    ReplyDelete
  2. thank you pt3 student here :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts