BM KERTAS 1 PENGGAL 2(2015) KELANTAN...!

Bahagian B
[ 100 markah ]
[ Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit ]
 
 
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah kata.
  1. Kecemerlangan akademik merupakan prasyarat utama dalam melahirkan modal insan berkualiti. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk cemerlang dalam akademik.
  2. Anak-anak yang terlibat dalam masalah sosial adalah berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk anak-anak yang berakhlak mulia.
  3. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin luntur. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.
  4. Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur, tanah runtuh dan sebagainya sering berlaku di beberapa buah negara di dunia. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negara-negara di dunia untuk membantu negara-negara yang terlibat dengan bencana alam ini.
  5. Karya-karya sastera seperti novel banyak mengutarakan pengajaran yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan. Huraikan pengajaran yang dapat anda jadikan teladan berdasarkan novel yang telah anda baca.  

Comments

Popular Posts