CAKAP AJUK > CAKAP PINDAH....!


Tukarkan ayat-ayat cakap ajuk dalam petikan berikut kepada ayat-ayat cakap pindah.
Ali    : Saya akan ke Kuala Lumpur esok.
Abu  : Apakah tujuan awak ke Kuala Lumpur?
Ali    : Saya mahu mengunjungi datuk saya yang sedang sakit.
Abu  : Awak pergi sekeluarga?
Ali    : Tidak. Saya hanya ke Kuala Lumpur bersama dengan ayah saya.
Abu  : Jika awak sudah sampai di Kuala Lumpur, telefonlah saya.

(6 markah)
 
Jawapan:-
  1. Ali memberitahu Abu bahawa dia akan ke Kuala Lumpur pada keesokan hari.
  2. Abu bertanyakan Ali tujuannya ke Kuala Lumpur.
  3. Ali menjelaskan bahawa dia ke Kuala Lumpur untuk mengunjungi datuknya yang sedang sakit.
  4. Abu ingin tahu sama ada Ali akan pergi sekeluarga atau tidak.
  5. Ali memaklumkan bahawa dia akan ke Kuala Lumpur bersama dengan ayahnya sahaja.
  6. Abu meminta Ali menelefonnya apabila dia telah sampai di Kuala Lumpur.



Comments

Popular Posts