PENAJA

RAKAN ILMU

Monday, 18 May 2015

DASAR 1MURID 1SUKAN....!


PENDAHULUAN:
  • Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah sepanjang masa persekolahannya, selaras dengan Dasar Sukan Negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.
  • Dasar Sukan Negara bertitik tolak di sekolah melalui dua strategi, iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.
IDEA-IDEA UTAMA:
(Faedah-faedah Dasar 1M 1S)
  • Mampu membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid - melahirkan murid yang bersahsiah mapan, jati diri yang utuh, dan memiliki nilai-nilai murni.
  • Menjadikan aktiviti bersukan sebagai budaya dalam kalangan murid - mengamalkan gaya hidup sihat, mengelakkan diri terjebak dalam kegiatan kurang sihat.
  • Menanamkan semangat perpaduan dalam kalangan murid - semangat kerjasama dan bertoleransi penting dalam menjayakan aktiviti sukan - perpaduan yang terbentuk dalam sesebuah pasukan menjaminkan kemenangan dan kecemerlangan sukan yang diceburi.
  • Meningkatkan tahap kesihatan - murid yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan akan memiliki tahap kesihatan yang tinggi - otak cerdas datangnya daripada badan yang cergas. - mengurangkan risiko penyakit kronik.
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek (JERI). Insan yang mempunyai kesimbangan JERI akan mudah bersaing di pentas global pada suatu hari nanti.
  • Meningkatkan peluang murid melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA dan IPTS. Setiap institusi pengajian tinggi meletakkan syarat tertentu penglibatan murid dalam bidang kokurikulum untuk kemasukan murid ke institusi mereka.
  • Melahirkan atlet-atlet berbakat yang seterusnya dapat mewakili negara dan menaikkan nama negara di pentas antarabangsa.
  • Mengcungkil bakat-bakat baharu seterusnya digilap kebolehan semula jadi mereka - peluang menceburkan diri dalam kerjaya sukan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.
PENUTUP:
  • Dasar 1Murid 1Sukan banyak memberikan faedah kepada murid-murid. Semua pihak wajar memberikan galakan dan sokongan kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti sukan. Pihak sekolah mestilah melaksanakan dasar ini dengan sempurna agar matlamat murni yang ditetapkan dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III