PENAJA

RAKAN ILMU

Saturday, 23 May 2015

MALAPETAKA MENINGKATNYA SUHU BUMI...!


PENDAHULUAN:-
  • Suhu bumi pada abad ini dianggarkan naik hingga enam darjah Celsius jika kadar pembakaran minyak, arang batu, enjin kenderaan dan kilang sekarang tidak terkawal.
  • Fenomena ini akan meningkatkan paras air laut dan menyebabkan perubahan iklim yang tidak menentu dan seterusnya mengancam kehidupan sejagat.
IDEA-IDEA PENTING:-
(Malapetaka atau kesan buruk akibat peningkatan suhu bumi)
  • Kejadian daratan tenggelam, banjir besar - Peningkatan suhu bumi akan meningkatkan kadar kecairan glasier dari Banjaran Andes di Peru hingga ke Pergunungan Alps di Switzerland. World Watch Institute (WWI) menegaskan, ais yang meliputi kawasan Antartik beransur-ansur cair. Setelah setengah abad, iaitu pada tahun 1997, kawasan tersebut sudah kehilangan ais seluas 7000 kilometer persegi tetapi pada tahun 2000, kawasan tersebut kehilangan 3000 kilometer persegi dalam tempoh tiga tahun sahaja.
  • Seluruh dunia telah mengalami perubahan cuaca yang ganjil dan ketara. - Musim dingin yang kurang sejuk kadang-kadang dikejutkan dengan rebut yang sangat sejuk. Fenomena El Nino pada tahun 1997 yang menyebabkan banjir besar dan kemarau teruk di beberapa buah Negara berpunca daripada pemanasan global yang mengganggu iklim dunia. El Nino menyebabkan pemanasan permukaan Lautan Pasifik sehingga menyebabkan kemarau dan banjir besar di Asia Timur dan mengubah keadaan iklim di serata dunia.
  • Peningkatan suhu bumi akan menjejaskan sumber ekonomi - Di Honduras pada tahun 1998, separuh daripada penduduknya terpaksa dipindahkan akibat taufan Mitch dan 95 peratus tanaman musnah sama sekali. Menurut Greenpeace sebuah NGO, Negara-Negara Kepulauan Pasifik, yang digambarkan sebagai mutiara yang tidak ternilai dan syurga dunia juga diancam oleh kepanasan sejagat.
  • Air masin yang melimpahi daratan turut menjejaskan kehidupan yang sudah sebati. Kerosakan hasil pertanian dan perikanan air tawar akan menjejaskan pendapatan penduduk. Kerosakan terumbu karang juga akan memberikan kesan buruk kepada para nelayan dan industry pelancongan.
  • Para saintis dalam laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pemanasan global dikhuatiri akan menyebabkan berjuta-juta orang berhadapan dengan kancah kebuluran pada abad akan datang. Pengeluaran makanan akan menurun di Asia, sementara Australia dan New Zealand akan menghadapi kekurangan bekalan air..

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III