PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 27 May 2015

NOVEL SDL: PERISTIWA MENARIK....!


Contoh Soalan:-
  • Banyak peristiwa menarik terdapat dalam setiap novel yang dibaca. Berdasarkan novel yang telah anda baca, kemukakan TIGA peristiwa yang anda anggap menarik dan jelaskan alasannya.
(7 markah)
 
Jawapan:-
 
Memang banyak terdapat peristiwa menarik yang saya temukan dalam novel-novel yang saya baca. Melalui novel Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan, pengarang bijak mengetengahkan peristiwa-peristiwa menarik sehingga menjadikan novel ini sebagai sebuah novel pilihan ramai.
 
Peristiwa Bujei menerkam bapa tirinya, Harun setelah dia menerajang ibunya, Fatimah. Peristiwa ini menarik kerana Bujei telah menunjukkan bahawa dia seorang anak yang baik, bertanggungjawab dan tidak rela ibunya diperlakukan secara sesuka hati oleh orang lain, termasuklah bapa tirinya.
 
Selain itu peristiwa Adila berterus terang kepada Sidang Saman dan Mak Lamah bahawa dia suka akan Bujei. Peristiwa ini juga menarik kerana Adila telah membuktikan bahawa dia menerima Bujei dengan ikhlas walaupun Bujei bukanlah seorang yang terpelajar.
 
Peristiwa menarik yang ketiga yang saya temukan dalam novel ini ialah peristiwa Bujei menyanyikan lagu 'Bahtera Merdeka' pada malam perkahwinan Same'ah atas permintaan seseorang. Peristiwa ini menarik pada pandangan saya kerana Bujei telah membuktikan bahawa walaupun orang-orang kampung menganggapnya kurang siuman, hakikatnya dia tidaklah sebegitu.
 
 


No comments:

Post a Comment

PROMOSI III