PENAJA

RAKAN ILMU

Monday, 18 May 2015

SOALAN EJAAN PT3...!

Berdasarkan format soalan bertulis Bahasa Melayu PT3, soalan menguji kebolehan calon mengesankan kesalahan ejaan yang terdapat dalam ayat terkandung dalam bahagian A iaitu soalan no. 2. Tiga soalan yang akan ditanya dan memerlukan calon membetulkan kesalahan ejaan yang terdapat dalam ayat soalan.
 
Contoh soalan:-
 
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
  1. Pemuda itu dicalonkan sebagai juru pandu dalam ekspedisi itu kerana beliau anak jati kawasan tersebut.
          ______________________________________
 
Bagi ayat di atas, kesalahan ejaannya ialah perkataan juru pandu. Juru pandu sepatutnya dieja rapat kerana 'juru' merupakan kata imbuhan yang semestinya dieja rapat dengan semua kata dasar. Contoh lain seperti:-
  • juruselam
  • juruterbang
  • juruukur
  • jurucakap
  • jururunding dll.
Contoh perkataan lain yang mungkin disoal dalam PT3 nanti ialah:-
  1. sireh sepatutnya [>] sirih
  2. analisa > analisis
  3. patriotism > patriotisme
  4. jimat-cermat > jimat cermat
  5. memperolehi > memperoleh
  6. memperdalamkan > memperdalam / mendalamkan
  7. redha > reda
  8. samada > sama ada
  9. pasaraya > pasar raya
  10. pensil > pensel
  11. mengenepi > mengetepi
  12. baru > baharu
  13. datuk ku > datukku
  14. masaalah > masalah
  15. 50an > 50-an
  16. eletrik > elektrik
  17. seringkali > sering kali
  18. pelakun > pelakon
  19. mewar-warkan > mewara-warakan / menguar-uarkan
  20. harijadi > hari jadi

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III