PENAJA

RAKAN ILMU

Tuesday, 29 September 2015

BENGKEL DI SMK KEMUMIN...!

Mungkin pagi esok merupakan undangan ceramah terakhir Cikgu sebelum berlangsungnya pentaksiran PT3 bertulis yang akan bermula pada 12 Oktober ini. Cikgu telah diundang untuk mengendalikan bengkel BM PT3 di SMK. Kemumin selama 2 jam bermula 10.30 - 12.30 pagi esok. Maklumat awal yang Cikgu terima adalah lebih kurang 50 orang pelajar terpilih yang akan terlibat dalam program ilmu pada pagi esok itu.
Walau apapun diharapkan majlis itu dapat berjalan dengan lancar. Insya-Allah.


Monday, 28 September 2015

DUDUK...!

Bina setiap ayat bagi setiap perkataan di bawah tanpa menambah atau membuang imbuhan serta menjadikannya sebagai kata nama khas.
  1. duduk
  2. duduk-duduk
  3. penduduk
  4. menduduki
  5. mendudukkan
  6. kedudukan
  7. diduduki
  8. pendudukan
  9. terduduk
  10. bersekedudukan
Jawapan:-
  1. Jangan duduk di atas kerusi yang reput itu.
  2. Sambil duduk-duduk, mereka berbual-bual kosong sementara menunggu anak pulang dari kota.
  3. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama.
  4. Penjajah Portugis mula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1511.
  5. Jururawat itu mendudukkan pesakit itu di atas kerusi roda.
  6. Kelantan kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan B setelah tewas 1-3 kepada T-Team.
  7. Rumah tumpangan itu pernah diduduki oleh pelancong asing dari Jerman.
  8. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah lebih kurang tiga tahun setengah.
  9. Dia jatuh terduduk setelah mendengar berita yang mengejutkan itu.
  10. Pasangan yang ditangkap bersekedudukan itu akan didakwa di mahkamah.

Tuesday, 22 September 2015

ESEI: MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT...!


PENDAHULUAN:-
  • Dewasa ini kesedaran tentang penjagaan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan masyarakat negara ini semakin meningkat.
  • Hal ini demikian kerana kejayaan usaha-usaha pihak berwajib menganjurkan kempen gaya hidup sihat kepada setiap golongan masyarakat.
  • Namun masih kedapatan segelintir anggota masyarakat terutamanya golongan belia yang tidak begitu mengendahkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka.
  • Mereka leka dengan cara hidup berfoya-foya, membuang masa dengan perlakuan yang sia-sia dan mengamalkan pemakanan yang tidak berkhasiat.
  • Demi menjamin kelangsungan hidup yang lebih bermakna, setiap individu perlu mengutamakan penjagaan kesihatan diri seperti menjaga pemakanan, bersenam dan bijak menguruskan emosi diri.
  • Kesihatan merupakan aset terpenting dalam kehidupan, tanpa kesihatan yang sempurna, sukar kita untuk mengecapi kehidupan yang sempurna dan bermakna.
  • Pelbagai langkah yang dapat dilaksanakan oleh ibu bapa dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kehidupan anak-anak.
IDEA-IDEA PENTING:-
  • Ibu bapa menjadi contoh teladan atau cerminan kepada anak-anak.
Bapa borek, anak rintik, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi dan melentur buluh biarlah dari rebungnya ialah contoh ungkapan peribahasa yang sinonim dengan tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar menjadi insan yang lebih sempurna.

..... sambungan selepas ini.

Monday, 21 September 2015

KATA TANYA...!


Terdapat 3 jenis Kata Tanya, iaitu:-
  • Kata Ganti Tanya
  1. Apa - untuk menanyakan benda atau binatang
  2. Mana - untuk menanyakan tempat
  3. Siapa - untuk menanyakan orang
  • Kata Keterangan Tanya
  1. Bagaimana - untuk menanyakan cara dan keadaan
  2. Bila - untuk menanyakan masa
  3. Mengapa - untuk menanyakan sebab
  • Kata Bilangan Tanya
  1. Berapa - untuk menanyakan bilangan

Tuesday, 15 September 2015

TATABAHASA PT3...!

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian gariskan empat kesalahan bahasa dan tuliskan pembetulannya di ruang yang disediakan.

Ali seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah saya. Dia telah berkhidmat di dalam perkhidmatan perguruan lebih daripada dua puluh lima tahun. Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau bertugas di sekolah ini kerana beliau akan berpindah ke sekolah baharu sebagai seorang Penolong Kanan Kokurikulum. Jasa Cikgu Ali tidak dapat dilupakan oleh saya buat selama-lamanya.
  1. ..................................
  2. ..................................
  3. ..................................
  4. ..................................
Jawapannya ialah:-

Ali seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah saya. Dia telah berkhidmat di dalam perkhidmatan perguruan lebih daripada dua puluh lima tahun. Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau bertugas di sekolah ini kerana beliau akan berpindah ke sekolah baharu sebagai seorang Penolong Kanan Kokurikulum. Jasa Cikgu Ali tidak dapat dilupakan oleh saya buat selama-lamanya.

  1. mata pelajaran
  2. Beliau
  3. dalam
  4. saya lupakan

Sunday, 6 September 2015

KATA GANDA TUNGGAL...!


Kebiasaannya kata ganda akan membawa maksud jamak atau banyak. Namun terdapat juga kata ganda yang membawa maksud 'tunggal' ataupun satu. Antara kata ganda yang membawa maksud tunggal ialah:-
  • anai-anai
  • biri-biri
  • kanak-kanak
  • kura-kura
  • api-api - kelip-kelip
  • sumpah-sumpah - sejenis reptilia
  • labi-labi
  • langit-langit
  • labah-labah
  • ampai-ampai - sama dengan ubur-ubur
  • angkut-angkut - serangga seperti tebuan, membuat sarang di dinding rumah
  • kupu-kupu
  • kelip-kelip - serangga terbang yang bercahaya
  • labu-labu - bekas air dibuat daripada tanah liat
  • ubun-ubun - bahagian tengah kepala
  • undang-undang - peraturan
  • ura-ura - cadangan, usul
  • beri-beri - sejenis penyakit
  • kunang-kunang - kelip-kelip
  • oleh-oleh - hadiah, buah tangan
  • jentik-jentik
  • jemput-jemput - kuih
  • agar-agar - kuih
  • cita-cita - impian
  • epok-epok - sejenis kuih tradisi
  • gado-gado - kuih
  • kuda-kuda - tapak penyandar berkaki tiga
  • dekak-dekak - alat menghitung
  • gula-gula
  • siku-siku

PROMOSI III