PENAJA

RAKAN ILMU

Saturday, 30 January 2016

ADA PADANG ADA BELALANG...!


Tajuk 'Peribahasa' amatlah patut diberikan perhatian. Sama ada PT3 mahupun SPM, soalan berkaitan peribahasa pasti disoal. Suka atau tidak, para pelajar mestilah cuba menguasai dengan mengetahui peribahasa serta maknanya sekali.
Di bawah ini disenaraikan beberapa contoh peribahasa serta maknanya.
  • Ada padang ada belalang = ada negeri adalah rakyat.
  • Bersaksi ke lutut = meminta bantuan atau pandangan daripada orang yang bodoh.
  • Seperti harimau menunjukkan belang = seseorang mempamerkan sikap sebenar setelah berdiam seketika.
  • Seperti embun di hujung rumput = kesetiaan atau kasih saying yang sekejap sahaja.
  • Seperti halilintar membelah bumi = bunyi yang amat kuat
  • Sudah terantuk baru tengadah = sudah agak lewat menyedari kesalahan dan sudah tidak bererti.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III