PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 10 January 2016

PUN 'JAUH', PUN 'DEKAT'...!

Pong basikal (dialek Kelantan) maksudnya pam basikal...

Penggunaan 'pun' dalam penulisan bahasa Melayu juga boleh menimbulkan permasalahan besar kepada sesetengah pengguna bahasa, terutamanya yang tidak begitu endah tentang hukum bahasa. Sepertimana bunyi tajuk di atas 'pun jauh dan pun dekat', sebenarnya penggunaan 'pun' terbahagi kepada dua cara, iaitu satu yang dieja jauh (terpisah) dan satu lagi yang dieja dekat (rapat). Perbezaan cara penggunaannya yang menyebabkan timbulnya kekeliruan.

Untuk makluman pembaca, 'pun' dieja secara rapat apabila kata 'pun' itu tergolong daripada kata hubung atau penanda wacana. Lihat contoh di bawah:-
  • sungguhpun
  • sekalipun
  • walaupun
  • biarpun
  • ataupun
  • bagaimanapun
  • kendatipun
Manakala 'pun' yang membawa makna juga dieja secara jauh atau terpisah. Lihat makna pun dalam ayat contoh di bawah:-
  • Saya pun seorang guru.
  • Saya juga seorang guru
Penggunaan 'pun' dan juga dalam ayat di atas boleh ditukar ganti kerana mempunyai makna yang sama. Maka apabila menggunakan kata 'pun' yang membawa makna juga/jua hendaklah dijauhkan atau dijarakkan. Lihat contoh di bawah:-
  • Alipun seorang pekerja kilang.   X
  • Kereta itupun kepunyaan ayah saya.  X
  • Merekapun berasal dari Kelantan.   X
Sepatutnys penggunaan 'pun' dalam ayat-ayat di atas mestilah dijarakkan kerana membawa makna juga.
Pembetulannya ialah:-
  • Ali pun seorang pekerja kilang.
  • Kereta itu pun kepunyaan ayah saya.
  • Mereka pun berasal dari Kelantan.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III