PENAJA

RAKAN ILMU

Tuesday, 16 February 2016

IMBUHAN SANSKRIT...!

Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ini telah lama terserap ke dalam sistem bahasa Bahasa Melayu.
Imbuhan Sanskrit ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-
  • Imbuhan Awalan - { maha-, tata-, swa-, panca-, tuna-, eka-, dwi-, tri-,}
  • Imbuhan Akhiran - { -wan, -man, -nita }
Awalan maha-
  1. maha      + rani           > maharani
  2. maha      + dewa         > mahadewa
  3. maha      + guru          > mahaguru
  4. maha      + siswa         > mahasiswa
  5. maha      + raja            > maharaja
Namun apabila awalan maha- digandingkan dengan kata adjektif, imbuhan tersebut dieja berasingan. Lihat contoh di bawah:-
  1. maha      + mulia         > maha mulia
  2. maha      + besar          > maha besar
  3. maha      + agung         > maha agung
  4. maha      + adil            > maha adil
Awalan tata-
  1. tata          + bahasa      > tatabahasa
  2. tata          + adat          > tataadat
  3. tata          + tertib        > tatatertib
  4. tata          + hukum     > tatahukum
  5. tata          + negara     > tatanegara        

Monday, 15 February 2016

KEKELIRUAN KOSA KATA...!


Dalam Bahasa Melayu, terdapat banyak perkataan yang hampir sama dari segi bunyi sebutan dan maknanya. Hal ini demikian boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa itu sendiri menyebabkan penggunaannya menjadi tidak gramatis.
Untuk melihatkan perbezaan penggunaan perkataan-perkataan tersebut, sila teliti penggunaannya dalam ayat-ayat di bawah:-
  • setengah / sesetengah
  1. Setengah daripada kuih itu telah dimakannya.
  2. Sesetengah pelajar tidur ketika guru mengajar.
  • jarang / jarang-jarang
  1. Rambut orang tua itu semakin jarang.
  2. Dia jarang-jarang ke rumah saya.
  • menjemput / mengundang
  1. Saya pergi menjemput ayah di lapangan terbang.
  2. Pihak sekolah mahu mengundang pakar motivasi tersohor itu.
  • pelanggaran / perlanggaran
  1. Pelanggaran hukum Allah berlaku sewenang-wenangnya pada masa ini.
  2. Perlanggaran kereta dengan lori itu menyebabkan dua orang terbunuh.
  • boleh / dapat
  1. "Awak boleh balik awal hari ini", beritahu guru kepada Ali.
  2. Adik saya sudah dapat menyelesaikan masalah Matematik itu.
  • ramai / banyak
  1. Majlis persandingan itu sungguh ramai.
  2. Banyak pelajar yang belum menjelaskan yuran pendaftaran.
  • agung / agong
  1. Mesyuarat agung PIBG akan diadakan pada minggu hadapan.
  2. DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong akan mencemarkan duli ke majlis itu.

PROMOSI III