PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 30 March 2016

KESALAHAN KATA DAN TATABAHASA...!

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
  1. Roslan menghadiahkan ibunya dengan sebuah kereta sebagai mengenang jasa dan pengorbanan ibunya selama ini.
  2. Sukan merupakan wacana yang dapat mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum-kaum di negara kita.
  3. Rakyat Malaysia harus saling bantu-membantu dalam usaha melupuskan gejala rasuah.
  4. Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di perairan Kelantan adalah mendung, manakala di lain-lain tempat cuacanya cerah.
  5. Kedua-dua ibu bapanya tidak mampu menghantar Aliyang tepok itu ke sekolah khas kerana sewa bulanannya tinggi sangat.
  6. Jabatan Perhutanan sedang memantau akan kerja-kerja pemeliharaan hutan paya bakau yang sedang dijalankan.
  7. Hutan mempunyai berbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat selain berperanan sebagai kawasan teduhan hujan.
  8. Kursus membaiki alat penghawa dingin akan dianjurkan oleh pihak kerajaan dengan kerja sama agensi swasta.
  9. Kerajaan telah memberikan diskaun  kepada nelayan di seluruh negara bagi meringankan beban di dalam kehidupan mereka.
  10. Pak Ali memberitahu yang anaknya juga boleh melanjutkan pelajaran tinggi ke luar negara  asalkan dia  rajin berusaha. 

PEMAKAIAN IMBUHAN PINJAMAN...!

Banyak sekali penggunaan imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu. Imbuhan pinjaman ini terdiri daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris, Arab-Parsi, dan Sanskrit.
  • Yunani-Latin-Inggeris
  1. probarat
  2. antipembangkang
  3. poliklinik
  4. autonomi
  5. subtopik
  6. suprasegmen
  7. heterograf
  8. heksagon
  9. hidrograf
  10. homogamy
  11. hipersonik
  12. infrastruktur
  13. intercom
  14. intrajabatan
  15. isobar
  16. kilogram
  17. makromolekul
  18. metabahasa
  19. mikrobiologi
  20. milibar
  21. televisyen
  22. multisel
  23. neolitik
  24. ortogenus
  25. oksiklorida
  26. paleolitik
  27. pentaklorida
  28. perinatal
  29. petrokimia
  30. fenotip
  31. fotosintesis
  32. fitotoksin
  33. pleokroisma
  34. superlarut
  35. sosialisme
  36. fonemik
  37. potensi
  38. leksikal
  39. praktis
  • Arab-Parsi
  1. bilazim
  2. biadab
  3. duniawi
  4. alamiah
  5. hadirin
  6. munafikat
  7. qariah
  • Sanskrit
  1. maharani
  2. maha agung
  3. tatatertib
  4. prakata
  5. swadaya
  6. tunakarya
  7. ekabahasa
  8. dwitahunan
  9. tribulan
  10. pancaindera
  11. seniman
  12. cendekiawan
  13. seniwati
  14. biduanita

Tuesday, 29 March 2016

UNIT AYAT...!



AYAT
Anak orang itu sedang belajar.
KLAUSA
anak orang itu sedang belajar
FRASA
anak orang itu
sedang belajar
PERKATAAN
anak
orang
itu
sedang
belajar

Monday, 28 March 2016

ISTILAH BAHASA...!


Bahasa baku:
  • Variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh anggota masyarakat untuk digunakan dalam situasi rasmi.
Bahasa basahan:
  • Bentuk bahasa yang digunakan sebagai bahasa seharian dalam situasi yang tidak formal.
Bahasa kebangsaan:
  • Bahasa yang menjadi bahasa utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.
Bahasa natural:
  • Bahasa asli bagi satu kumpulan masyarakat manusia; lawan bahasa buatan.
Bahasa rasmi:
  • Bahasa yang digunakan untuk pentadbiran dan urusan rasmi sesebuah negara. Bahasa rasmi tidak semestinya bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan pula tidak semestinya bahasa rasmi.
Bahasa standard:
  • Bentuk bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan alat sebaran am. Sinonim dengan bahasa baku.

KATA ADJEKTIF - DARJAH PENGHABISAN...!

Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara di bawah:-
  • sepandai-pandai manusia
  • setinggi-tinggi gunung
  • sekeras-keras batu
  • sebaik-baik kucing
  • secantik-secantik bunga
  • tertinggi
  • terhebat
  • terbesar
  • termasyhur
  • paling bijak
  • paling besar
  • paling cantik
  • kuat sekali
  • handal sekali
  • laju sekali
  • teramat bijak
  • tersangat bijak
  • teramat masyhur
  • amat bijak sekali
  • sungguh pintar sekali
  • sangat bising sekali
Ungkapan darjah penghabisan yang TIDAK gramatis:-
  • terbesar sekali
  • terhebat sekali
  • paling tinggi sekali
  • paling cantik betul
  • paling besar nian
  • amat-amat cantik sekali

KKT AKTIF DAN PASIF...!


tersepak....

Kata kerja yang dibentuk menggunakan awalan teR- terdiri daripada dua jenis iaitu:-
  • Kata kerja transitif
  • Kata kerja tak transitif
Kata kerja transitif yang terbentuk oleh awalan teR- itu pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu:-
  • Kata kerja transitif aktif
  • Kata kerja transitif pasif
Kata Kerja Transitif Aktif
  • Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek (KN/FN) atau penyambut.
  • Contoh kata kerja transitif aktif awalan teR- ialah:-
  1. termakan
  2. terambil
  3. ternampak
  4. terbeli
  5. terbaca
  6. tertembak
  7. tersepak
  8. terpijak
  9. tersentuh
Kata Kerja Transitif Pasif
  • Kata kerja transitif pasif berimbuhan teR- biasanya berfungsi sebagai kata kerja dalam ayat pasif, seperti contoh di bawah:-
  1. tertewas
  2. tertelan
  3. terangkat
  4. terambil
  5. termakan
  6. terbayar
Contoh penggunaan kata kerja transitif pasif dalam ayat pasif ialah:-
  1. Pasukan hoki SMACH tertewas oleh pasukan Faris Petra.
  2. Ubat itu tidak tertelan oleh Ali.
  3. Beg itu tidak saya terangkat.
  4. Buku saya terambil oleh ayah.
  5. Tiada termakan olehnya nasi yang banyak itu.
  6. Harga makanan yang mahal itu tidak terbayar oleh pelancong itu.

Sunday, 27 March 2016

KELOMPOK KATA TUGAS...!

Kata tugas yang jumlahnya 16 dapat dikelompokkan kepada empat, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat. Empat kelompok tersebut ialah:-
  • Kata Penyambung Ayat
  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan
  • Kata Praklausa
  1. Kata seru
  2. Kata tanya
  3. Kata perintah
  4. Kata pembenar
  5. Kata pangkal ayat
  • Kata Prafrasa
  1. Kata bantu
  2. Kata penguat
  3. Kata penegas
  4. Kata nafi
  5. Kata pemeri
  6. Kata sendi nama
  7. Kata arah
  8. Kata bilangan
  • Kata Pascakata
  1. Kata penekan
  2. Kata pembenda

Saturday, 26 March 2016

UJI MINDA TATABAHASA...!


KHUSUS KEPADA PELAJAR PT3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
  1. Imej sesebuah kawasan petempatan akan tercalar bila berlaku gejala vandalisme.
  2. Kami jarang bertemu muka oleh sebab masing-masing sibuk dengan tugasan harian.
  3. Ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang kebajikan setiap orang anak tanggungannya.
  4. Pelajar Projek Khas menerima banyak bantuan daripada pihak kerajaan.
  5. Kakak belum mengambil keputusan sama ada menyambung pelajaran di Jepun atau Korea.
  6. Semua kanak-kanak prasekolah diwajibkan mengikuti kelas fardu ain di waktu petang.
  7. Jawapan ini adalah merujuk kepada buku teks.
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra ialah sekolah yang terbaik sekali.
  9. Adalah dengan ini perkara di atas dirujuk.
  10. Polis saling tembak-menembak dengan perompak yang cuba melepaskan diri daripada kepungan. 

Sunday, 6 March 2016

PERIBAHASA PT3...!


       SENARAI PERIBAHASA YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 hingga 3 


BIL
PERUMPAMAAN/
PEPATAH
MAKNA
1
Air beriak tanda tak dalam
 
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2
Alang-alang  berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
 
3
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. (negatif)
 
4
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
 
5
Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
 
6
Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit / hilang tiba-tiba.
 
7
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8
Bagai cincin dengan permata
Pasangan yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.
 
9
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.
 
10
Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.
 
11
Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
 
12
Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
 
13
Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka  bercakap.
Perempuan yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.
 
14
Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat.
15
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
16
Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
18
Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.
 
19
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.
 
20
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
 
21
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
 
22
Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh dilanggar.
 
23
Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
 
24
Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
 
25
Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
 
26
Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.
 
27
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
 
28
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
 
29
Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
 
30
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
31
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
32
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

 
33
Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
34
Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan kesan.
 
35
Kalau tiada rotan akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.
 
36
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
 
37
Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
 
38
Perempuan serasan, lelaki pemalu
Pegangan hidup yang tidak serupa.
 
39
Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.
 
40
Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
41
Semacam besar pacak daripada tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.
 
42
Seperti air dalam dulang
Negeri yang aman sentosa.
 
43
Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari
 
44
Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu
 
45
Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
 
46
Seperti embun dihujung rumput
Tidak kekal / masa yang singkat.
 
47
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
48
Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
 
49
Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
50
Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.
 
51
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan, namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan hilang bisanya.
 
52
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.

 

PROMOSI III