KKT AKTIF DAN PASIF...!


tersepak....

Kata kerja yang dibentuk menggunakan awalan teR- terdiri daripada dua jenis iaitu:-
  • Kata kerja transitif
  • Kata kerja tak transitif
Kata kerja transitif yang terbentuk oleh awalan teR- itu pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu:-
  • Kata kerja transitif aktif
  • Kata kerja transitif pasif
Kata Kerja Transitif Aktif
  • Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek (KN/FN) atau penyambut.
  • Contoh kata kerja transitif aktif awalan teR- ialah:-
  1. termakan
  2. terambil
  3. ternampak
  4. terbeli
  5. terbaca
  6. tertembak
  7. tersepak
  8. terpijak
  9. tersentuh
Kata Kerja Transitif Pasif
  • Kata kerja transitif pasif berimbuhan teR- biasanya berfungsi sebagai kata kerja dalam ayat pasif, seperti contoh di bawah:-
  1. tertewas
  2. tertelan
  3. terangkat
  4. terambil
  5. termakan
  6. terbayar
Contoh penggunaan kata kerja transitif pasif dalam ayat pasif ialah:-
  1. Pasukan hoki SMACH tertewas oleh pasukan Faris Petra.
  2. Ubat itu tidak tertelan oleh Ali.
  3. Beg itu tidak saya terangkat.
  4. Buku saya terambil oleh ayah.
  5. Tiada termakan olehnya nasi yang banyak itu.
  6. Harga makanan yang mahal itu tidak terbayar oleh pelancong itu.

Comments

Popular Posts