PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 27 July 2016

PANDUAN MENULIS ULASAN PT3....!


PT3 2016 bertulis akan berlangsung pada awal Oktober nanti. Bagi kesempatan kali ini, Cikgu akan memperkatakan panduan-panduan ketika menulis 'Ulasan', iaitu soalan no.8 yang memperuntukkan markah sebanyak 15.
Pelajar PT3 mestilah menjawab soalan 'ulasan' mengikut panduan yang betul agar markah yang diperoleh nanti lebih baik. Antara panduannya ialah:-

Kepanjangan Jawapan Ulasan
  • Ulasan yang panjangnya melebihi 100 patah perkataan walaupun penulisannya cemerlang dari segi isi, bahasa dan pengolahannya akan mendapat markah paling maksimum iaitu 13 sahaja.
  • Ulasan yang panjangnya kurang daripada 80 patah perkataan tetapi baik dari aspek lain hanya akan mendapat markah maksimum 12 sahaja.
Kandungan Isi Ulasan
  • Ulasan yang baik semestinya mempunyai isi tersurat dan isi tersirat.
  • Ulasan yang tiada isi tersurat, markah maksimum ialah 8 sahaja.
  • Ulasan yang tiada isi tersirat juga markahnya ialah 8 sahaja walaupun aspek lainnya cemerlang.
  • Jumlah isi tersurat dan isi tersirat terpulang, tetapi biarlah sesuai dengan kepanjangan ulasan yang ditulis.
  • Calon yang hanya menyalin maklumat yang terdapat di dalam bahan grafik seperti rajah, jadual dan lain-lain akan mendapat markah maksimum 5 sahaja.
Pemerengganan Ulasan
  • Ulasan boleh ditulis sama ada satu, dua, tiga atau ...... perenggan.
  • Tiada markah khusus untuk ulasan yang ditulis menggunakan satu, dua atau.... perenggan.

Tuesday, 12 July 2016

ESEI: KEPENTINGAN AMALAN BUDAYA MENABUNG...!


PENDAHULUAN:-
  • Amalan menabung sepatutnya dijadikan budaya sejak anak-anak masih lagi kecil.
  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  • Aidilfitri sudah diraikan hampir seminggu yang lalu, bagi anak-anak yang mendapat duit raya daripada keluarga dan saudara-mara sebaik-baiknya dikumpul dan bolehlah disimpan di dalam bank.
  • Amalan yang baik ini jika terus diamalkan, sudah pasti akan banyak memberikan manfaat kepada para penabung.
IDEA-IDEA PENTING:-
  • Amalan menabung dapat memupuk sifat berjimat cermat dalam berbelanja.
  • Amalan ini juga dapat memupuk sikap sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga.
  • Menabung dapat mengelakkan sifat suka membazir dan berbelanja kepada perkara-perkara yang tidak perlu.
  • Dapat membantu kita jika menghadapi masalah kewangan pada masa hadapan.
  • Dapat menghadapi kes-kes kecemasan dengan lebih sempurna.
  • Simpanan atau tabungan yang dibuat boleh membantu menyelesaikan masalah perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Dapat membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah kesempitan wang.
  • Amalan ini jika diamalkan oleh rakyat dapat membantu kerajaan mengurangkan masalah inflasi dan kenaikan harga barangan.
  • Peningkatan jumlah wang di dalam negara juga akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
  • Kehidupan individu yang menabung lebih terjamin dan seterusnya negara akan menjadi lebih makmur.
  • Menabung merupakan amalan yang amat mulia di sisi agama Islam.


     
     

AYAT TANYA SONGSANG...!

Image result for tanda tanya
Ayat tanya juga seperti ayat-ayat lain yang boleh hadir dalam bentuk susunan biasa dan juga susunan songsang. 
Semua telah sedia maklum tentang susunan ayat biasa dan juga songsang iaitu:-
  • Subjek + Predikat = Susunan biasa
  • Predikat + Subjek = Susunan songsang
Contoh Ayat Tanya Biasa:-
  1. Awak tinggal di mana?
  2. Awak umur berapa?
  3. Orang itu siapa nama?
  4. Sekolah itu terletak di mana"
  5. Dia demam mengapa?
Contoh Ayat Tanya Songsang:-
  1. Di manakah awak tinggal?
  2. Berapakah umur awak?
  3. Siapakah nama orang itu?
  4. Di manakah terletak sekolah itu?
  5. Mengapakah dia demam?

PROMOSI III