PENAJA

RAKAN ILMU

Tuesday, 23 August 2016

KESILAPAN TANPA SEDAR...!

Pengguna bahasa sering menggunakan perkataan ini secara meluas. Yang menyedihkannya adalah, kerana cara menggunakan perkataan tersebut tidak tepat dan gramatis. Apakah perkataan yang saya maksudkan itu?
Penggunaan kata ganti tanya dan kata ganti tanya umum dalam ayat sering menimbulkan kesalahan kerana kebanyakan pengguna bahasa menganggapkan kedua-dua jenis kata ganti ini sama dari segi makna dan fungsinya.
BIL
KATA GANTI TANYA
KATA GANTI TANYA UMUM
1.
apa
apa-apa
2.
mana
mana-mana
3.
siapa
siapa-siapa/sesiapa
4.
bila
bila-bila
Sebenarnya, sebagai pengguna yang bahasa yang prihatin, kita mestilah dapat membezakan cara penggunaan kata ganti tanya dalam ayat.
Biasanya kata ganti tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu dan lazimnya pada pengakhiran ayat tanya tersebut, mempunyai tanda soal (?). 
Kata ganti tanya juga digunakan bersama dengan partikel 'kah'.
Lihat contoh penggunaan ayat tanya di bawah:-
  •  Apakah jawapan kamu?
  • Di manakah tempat kamu mendirikan khemah?
  • Orang itu siapa?
  • Bilakah berlangsungnya majlis itu?
Cuba bandingkan pula penggunaan kata ganti tanya umum dalam ayat di bawah:-
  • Dia tidak memberikan apa-apa jawapan.
  • Pelajar boleh memilih mana-mana jawapan yang disediakan.
  • Siapa-siapa / sesiapa pun boleh menyertai pertandingan menulis esei itu.
  • Majlis itu akan berlangsung bila-bila masa sahaja.
KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN
  1. Dia tidak memberikan apa jawapan.
  2. Pelajar boleh memilih mana jawapan yang disediakan.
  3. Siapa pun boleh menyertai pertandingan menulis esei itu.
  4. Majlis itu akan berlangsung bila masa sahaja.
  5. Apa sahaja boleh berlaku sekarang.
  6. Faktor individu di mana menjadi penyebab kegagalan projek itu.
  7. Siapa sahaja dibenarkan menggunakan makmal ini.
Sebagai tanda peringatan, penggunaan kata ganti tanya dalam setiap ayat tanya semestinya disertai dengan tanda soal (?), penggunaan kata ganti tersebut secara tidak langsung akan melahirkan ayat-ayat tanya.

Friday, 19 August 2016

KATA GANDA MENYALING...!

  • Terdapat pelbagai jenis kata ganda seperti kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berirama dan kata ganda menyaling.
  • Kata ganda menyaling merupakan kata ganda yang mempunyai imbuhan pada perkataan yang keduanya.
  • Kata ganda menyaling membawa maksud 'saling' bertindak...!
  • Lihat contoh kata ganda menyaling di bawah:-
  1. tolak-menolak
  2. tarik-menarik
  3. tindih-menindih
  4. tembak-menembak
  5. tampar-menampar
  6. tolong-menolong
  7. bantu-membantu
  8. balas-membalas
  9. pintas-memintas
  10. pukul-memukul
  11. pijak-memijak
  12. pilih-memilih
  13. suruh-menyuruh
  14. surat-menyurat
  15. sebut-menyebut dll.
Kata ganda menyaling telah membawa maksud 'saling' iaitu jika kata ganda 'tolak-menolak', bermaksud saling menolak antara satu sama lain. Lihat contoh penggunaan dalam ayat;-
  • Penonton bola sepak itu tolak-menolak ketika masuk melalui pintu depan stadium itu.
               - penonton saling menolak ketika masuk melalui......
  • Jadi, ayat menjadi TIDAK gramatis jika kita menggunakan kata ganda menyaling bersama-sama dengan kata 'saling'. Lihat contoh kesalahan ayat di bawah:-
  1. Mereka saling tolak-menolak ...  X
  2. Penunggang motosikal itu saling potong-memotong.... X
  3. Jangan saling tolong-menolong melakukan perbuatan yang keji.... X
  4. Pihak polis dan penjenayah itu saling tembak-menembak .... X
  • Pembetulannya begini....
  1. Mereka tolak-menolak @ saling menolak....
  2. Penunggang motosikal itu potong-memotong @ saling memotong.....
  3. Jangan tolong-menolong @ saling menolong....
  4. Pihak polis dan penjenayah tembak-menembak @ saling menembak....


Thursday, 18 August 2016

ESEI: CINTAILAH SUNGAI KITA....!


PENDAHULUAN:-
  • Sungai merupakan pembekal sumber air kepada manusia.
  • Melalui sungai manusia dapat minum, mandi dan mencuci pakaian.
  • Sungai merupakan pembekal sumber makanan.
  • Sungai juga menjadi lokasi yang menarik kunjungan pelancong
  • Hal ini demikian, sungai wajar dijaga agar kebersihannya akan terus terpelihara.
IDEA-IDEA PENTING:-
  • Punca-punca pencemaran sungai
  1. Pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai - sesetengah anggota masyarakat mengambil jalan mudah dengan cara membuang sampah ke dalam sungai. Mereka menganggap sungai sebagai tong sampah. Sungai menjadi kotor, banyak hidupan akuatik yang pupus.
  2. Pembuangan sisa kumbahan terus ke sungai - terdapat kilang yang membuang sisa kumbahan terus ke sungai tanpa dirawat terlebih dahulu. Pengusaha bertindak sedemikian kerana mahu menjimatkan kos. Sisa kumbahan banyak mengandungi toksik yang boleh mengancam flora dan fauna sesebuah sungai.
  3. Kurang pemantauan dan langkah penguatkuasaan yang lemah - Pihak berwajib tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Pihak berwajib menghadapi masalah kekurangan pegawai. Pihak yang melakukan kesalahan jarang-jarang dikenakan tindakan.
  4. Sikap anggota masyarakat yang tidak prihatin - mereka tidak mempunyai kesedaran betapa pentingnya sungai kepada kehidupan manusia. Mereka juga kurang mengetahui kesan buruk pencemaran sungai. Pencemaran sungai yang dilakukan oleh pihak lain hanya dipandang sebelah mata oleh masyarakat sekeliling.
  • Cara-cara mengekalkan keindahan sungai
  1. Pihak berwajib, NGO dan pihak swasta mestilah menganjurkan kempen 'Cintailah Sungai Kita' secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan sungai. - kempen juga lebih berkesan jika diwara-warakan melalui media massa seperti televisyen, radio dan sebagainya.
  2. Kerap mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai melibatkan semua lapisan masyarakat - dapat menangani masalah sungai yang kotor. Gotong-royong juga diharapkan dapat memupuk perasaan cinta akan sungai.
  3. Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berterusan - perlu mengenakan tindakan tegas kepada pesalah-pesalah seperti mengenakan kompaun yang lebih tinggi dan penjara mandatory.
  4. Pihak berwajib wajar mempelbagaikan fungsi sungai - contohnya sungai dijadikan lokasi pelancongan, aktiviti perkelahan, dan pertandingan sukan air.
PENUTUP:-
  • Sungai merupakan khazanah kurniaan Tuhan yang sangat besar fungsinya. Semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan keindahan dan kebersihan sungai terpelihara sehingga bila-bila.

Wednesday, 17 August 2016

EJAAN YANG MENGELIRUKAN...!


Kes keliru bukannya disebabkan oleh tahap kesukaran untuk kita menghafazkan ejaan perkataan berkenaan. Satu lagi mungkin berpunca daripada kita terlalu kerap mengejakan sesepatah perkataan tanpa merujuk sistem ejaan rumi baharu.

Di bawah, disenaraikan sejumlah perkataan yang dieja secara salah:-
  1. menyakinkan sepatutnya meyakinkan
  2. mententeramkan sepatutnya menenteramkan
  3. mengkebumikan sepatutnya mengebumikan
  4. mempastikan sepatutnya memastikan
  5. mewar-warkan sepatutnya mewara-warakan
  6. mengenepikan sepatutnya mengetepikan
  7. memokuskan sepatutnya memfokuskan
  8. mensasarkan sepatutnya menyasarkan
  9. menghadkan sepatutnya mengehadkan
  10. merubah sepatutnya mengubah
  11. menyonteng sepatutnya menconteng
  12. menyantas sepatutnya mencantas
  13. mengembirakan sepatutnya menggembirakan
  14. merbahaya sepatutnya berbahaya
  15. memperakui sepatutnya memperakukan
  16. memperluaskan sepatutnya meluaskan atau memperluas
  17. mengidap sepatutnya menghidap
  18. mempersonakan sepatutnya mempesonakan
  19. menyeksakan sepatutnya menyiksakan
  20. mengtongsampahkan sepatutnya mengetongsampahkan



Sunday, 14 August 2016

GANDAAN YANG TEMPANG...!

Bukan semua kata boleh digandakan. Walaupun niat kita adalah untuk menunjukkan maksud bilangan yang banyak, namun kita mestilah berhati-hati. Misalnya kata nama yang tergolong dalam kategori 'tidak dapat dikira', infiniti atau 'uncountable' tidak boleh digandakan sama sekali. Lihat contoh kesalahan kata-kata ganda di bawah:-
  • pasir-pasir
  • abu-abu
  • wap-wap
  • gas-gas
  • debu-debu
  • air-air
  • udara-udara
  • minyak-minyak
  • angin-angin
  • buih-buih
  • awan-awan
  • lumpur-lumpur
  • tepung-tepung
  • asap-asap
  • rumput-rumput
  • rambut-rambut
  • uban-uban
  • janggut-janggut
  • misai-misai
  • ombak-ombak
  • bulu-bulu
  • habuk-habuk
  • cahaya-cahaya
  • sinar-sinar
  • nasi-nasi
dan lain-lain.

Saturday, 13 August 2016

ESEI: KEPENTINGAN HUTAN KEPADA MANUSIA....!


PENDAHULUAN:-
  • Mutakhir, kemusnahan hutan berlaku di mana-mana sahaja.
  • Hutan yang merupakan anugerah Tuhan memainkan peranan besar dalam mengekalkan kestabilan bumi secara langsung.
  • Kerajaan menerusi agensi-agensi tertentu menggubal pelbagai akta dan undang-undang bagi memastikan hutan dan alam sekitar terus terpelihara.
  • Badan bukan kerajaan turut memainkan peranan yang aktif bagi menyemarakkan kesedaran rakyat tentang pentingnya mengekalkan kehijauan alam.
IDEA-IDEA PENTING:-
(Kepentingan-kepentingan hutan kepada manusia,,,)
  • Hutan merupakan kawasan tadahan hujan
  • Hutan menjadi habitat kepada flora dan fauna
  • Menjadi ejen mengekalkan keseimbangan suhu alam sekitar
  • Hutan membekalkan sumber pendapatan negara
  • Destinasi tarikan pelancong
  • Sumber rujukan generasi akan datang
  • Hutan membekalkan herba-herba yang digunakan dalam industri berasaskan perubatan
  • Hutan dapat memelihara muka bumi daripada kejadian tanah runtuh, hakisan dan kegersangan tanah
  • Hutan memastikan sumber air bumi bersih dan selamat
  • Pelbagai aktiviti menarik dapat dilaksanakan di hutan seperti perkhemahan, pengembaraan, 'jungle tracking', merentas desa
  • Penjagaan hutan secara berterusan dapat mengekalkan ekosistem dan rantai makanan makhluk di bumi
  • Menjadi pembekal oksigen kepada hidupan
  • Hutan sebagai penyerap cahaya matahari yang berlebihan termasuk cahaya unltra ungu
  • Sebagai destinasi untuk mencari kedamaian
  • Sebagai benteng penahan hakisan ombak
PENUTUP:-
  • Kesimpulannya, pelbagai kepentingan hutan yang kita manfaatkan dalam usaha kita mencapai kehidupan yang lebih sempurna.
  • Kita mestilah sentiasa memastikan hutan dijaga dengan baik. 
  • Sebarang kes kejadian hutan yang musnah wajar ditangani segera dan langkah pemuliharaan mestilah dilaksanakan secepat mungkin.
  • Hutan ialah anugerah yang tidak ternilai.
  • Kemusnahan hutan secara tidak terkawal boleh mengundang padah yang buruk.

Friday, 12 August 2016

ESEI: CIRI REMAJA BERWAWASAN...!


PENDAHULUAN:-
  • Remaja berwawasan ialah remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupannya.
  • Mereka meletakkan sesuatu target yang mahu dicapai dalam tempoh tertentu.
  • Sebagai pelajar, remaja berwawasan mempunyai cita-cita yang jelas dan ususmempunyai tahap kesungguhan yang tinggi demi mencapainya.
  • Seseorang remaja berwawasan semestinya memiliki ciri-ciri yang positif dan mapan sahsiahnya dalam menongkah arus permodenan yang mencabar ini.
IDEA-IDEA PENTING:-
(Ciri-ciri remaja berwawasan)
  • Sentiasa berfikiran positif dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
  • Menjalani gaya hidup yang sihat dari segi fizikal dan mental
  • Bergaul dengan individu yang berjaya
  • Sentiasa memantapkan diri dengan ilmu agama
  • Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
  • Mengamalkan budaya warisan bangsa dan sentiasa bangga akan adat istiadat turun-temurun
  • Mempunyai semangat cinta akan negara dan sanggup berkorban apa-apa saja demi negara
  • Sentiasa mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri
  • Memiliki daya dan bakat kepemimpinan yang tinggi
  • Bercita-cita tinggi
  • Berani menempuh cabaran getir
  • Tidak kedekut ilmu
  • Cepat merebut peluang yang terbuka
  • Tidak melibatkan diri dengan kerja yang sia-sia
  • Menghormati kedua-dua orang tuanya
  • Ringan tulang
  • Menepati masa
PENUTUP:-
  • Kesimpulannya seseorang remaja berwawasan mestiah mempunyai keinginan yang tinggi untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Sesungguhnya negara amat memerlukan remaja-remaja yang memiliki wawasan agar kemajuan negara dapat dicapai.

Thursday, 11 August 2016

ANALISIS EJAAN PT3 2014 - 2015...!

Beberapa soalan ejaan telah ditanyakan dalam PT3 2014 dan 2015. Pelajar yang bakal menjadi calon PT3 2016 patut menganalisis soalan-soalan ini sebagai rujukan dan ulang kaji secara ringan-ringan!

EJAAN PT3 2014:
  • SET 1
  1. juru pandu > jurupandu
  2. patriotisma > patriotisme
  3. analisa > analisis
  • SET 2
  1. eletrik > elektrik
  2. datuk ku > datukku
  3. masaalah > masalah
  • SET 3
  1. plan > pelan
  2. pasca merdeka > pascamerdeka
  3. kontingen > kontinjen
EJAAN PT3 2015
  • SET 1
  1. gambarajah > gambar rajah
  2. pro aktif > proaktif
  3. resepi > resipi
  • SET 2
  1. urusetia > urus setia
  2. pra-universiti > prauniversiti
  3. anika > aneka
  • SET 3
  1. keretapi > kereta api
  2. pra-sejarah > prasejarah
  3. plan > pelan

Wednesday, 10 August 2016

ESEI: LANGKAH MENGHAPUS TEMPAT PEMBIAKAN....!

Tajuk: Dewasa ini wabak demam denggi semakin menular terutamanya di kawasan-kawasan 
             bandar sehingga menimbulkan suasana mencemaskan dalam kalangan rakyat. 
             Huraikan langkah-langkah menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. 
Analisis tajuk:-
Pelajar perlu betul-betul memahami soalan sebelum membuat karangan. Langkah pertama yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar adalah dengan memahami tema dan kehendak soalan atau tugasan soalan berkenaan.
Untuk soalan di atas,
  • Tema: Nyamuk Aedes
  • Tugasan: Langkah menghapuskan tempat pembiakan
  • Komentar: Pelajar seharusnya mengutarakan perihal tentang nyamuk Aedes, seperti sifat, habitat, kelainan berbanding nyamuk jenis lain dan lain-lain. Kemudian, pelajar menyatakan 3 - langkah atau cara untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, seperti:-
  1. membuang sampah sarap di tempat yang khusus seperti tong sampah yang bertutup
  2. menanam bekas-bekas seperti kotak minuman, tempurung kelapa agar tidak menjadi tempat menakung air.
  3. membersihkan kawasan sekitar seperti pekarangan rumah dan di dalam rumah
  4. memastikan semua alatan yang menyimpan air seperti kolam kecil, bekas akuarium, tempayam dibersihkan serta ditukarkan airnya mengikut jadual.
  5. bekas-bekas yang menyimpan air hendaklah dimasukkan Abate, iaitu ubat membunuh jentik-jentik nyamuk Aedes.
  • Setiap isi yang diutarakan itu mestilah dihuraikan dengan jelas dengan memasukkan contoh-contoh yang sesuai dan semasa.
  • Pelajar digalakkan mengguna pakai kaedah huraian:-
  1. Isi
  2. Huraian isi
  3. Berikan contoh
  4. Nyatakan cadangan untuk penambahbaikan
  5. Penegasan terhadap isi
  6. Memasukkan ungkapan bahasa menarik yang sesuai merupakan satu bonus. 


Tuesday, 9 August 2016

PENINJU DAN PETINJU...!

 
Peninju dan petinju kerap diguna pakai secara tidak tepat. Cuba teliti penggunaan kedua-dua patah perkataan tersebut dalam ayat di bawah:-
  • Muhammad Ali seorang peninju yang terkenal.
  • Kekuatan petinju Muhammad Ali dapat menumbangkan seekor anak gajah. 
Apakah komen anda?
 
Sebenarnya kedua-dua baris ayat di atas salah dari segi penggunaan kata 'peninju' dan juga 'petinju' berpunca daripada kesilapan kita memahami makna sebenar perkataan berkenaan.
Maksud perkataan peninju ialah penumbuk dan petinju pula ialah orang yang bertinju atau orang yang menyertai sukan tinju.
 
SEPATUTNYA ayat-ayat di atas ditulis begini:-
  • Muhammad Ali seorang petinju yang terkenal.
  • Kekuatan peninju Muhammad Ali dapat menumbangkan seekor anak gajah.
     

Monday, 8 August 2016

PERBURU / PEMBURU...!

Kedua-dua patah perkataan di atas memang boleh digunakan. Kedua-duanya mempunyai maksud dan cara penggunaannya yang tersendiri. Jika kita mengambil mudah atau memandang enteng tentang perkataan-perkataan ini, sudah pasti akan berlaku kesilapan besar yang tidak kita sedari.
 
Perkataan perburu dan pemburu sebenarnya kata terbitan hasil daripada proses pengimbuhan kata dasar 'buru' yang dimbuhkan dengan imbuhan awalan peR- dan peM-.
 
Perburu ialah kata nama yang membawa maksud 'orang' yang kerjanya memburu sesuatu, contohnya memburu binatang. Manakala pemburu pula ialah kata kerja yang bermaksud aktiviti pemburuan.
Contoh penggunaan dalam ayat:
  • Ayah saya seorang perburu yang handal.
  • Pemburu rusa di hutan itu akan dikawal selia oleh pihak Perhutanan.
  •  

Sunday, 7 August 2016

CARA MEMBILANG PATAH KATA ESEI...!


Untuk soalan bertulis BM PT3, terdapat DUA soalan yang menetapkan jumlah patah perkataan ketika menjawabnya iaitu soalan no.8 (Ulasan) dan soalan no.9 (Karangan).
Bagi soalan 'Ulasan', calon dikehendaki menulis antara 80 hingga 100 patah kata, manakala bagi soalan 'Karangan' pula, calon mestilah mengarang esei lebih daripada 180 patah kata.
Yang menjadi masalahnya, calon tidak begitu mengendahkan arahan ini sehingga menyebabkan markah yang diperoleh nanti akan menjadi LEBIH RENDAH.....
PANDUAN MENGIRA JUMLAH PATAH KATA
  • DIKIRA SATU PER SATU
  1. Kata majmuk - ( campur aduk) = 2 patah kata
  2. Penanda wacana - (Hal ini demikian) = 3 patah kata
  3. Kata sendi dan kata nama - (dengan adik) = 2 patah kata
  • DIKIRA SATU SAHAJA
  1. Kata ganda - (kanak-kanak) = 1 patah kata
  2. Kata nama khas - (SMS. Tengku Muhammad Faris Petra) = 1 patah sahaja
  3. Peribahasa - (Bagai aur dengan tebing) = 1 patah sahaja
  4. Nombor yang ditulis dengan perkataan - (Dua ratus ribu) = 1 patah sahaja
  5. Tarikh - (7hb. Ogos, 2016) = 1 patah sahaja
  6. Kata sendi ke dan di dengan kata nama - (di sekolah) = 1 patah sahaja


Friday, 5 August 2016

MAKANAN YANG SERING DISALAHEJAKAN...!

jemput jemput
Betapa tidak prihatinnya kita. Banyak sekali kata nama bagi makanan harian kita sering disalahejakan, dan kadang-kadang perkara ini juga diuji dalam soalan peperiksaan. Kita sebagai pengguna bahasa yang prihatin, mestilah menguasai ilmu eja-mengeja ini agar kesilapan ejaan dapat dielakkan.
  • EJAAN MAKANAN YANG SALAH
  1. murtabak
  2. mee
  3. kueh
  4. kueh tiaw
  5. roti canai telor
  6. satay / satey
  7. goreng pisang
  8. nasi berlauk
  9. nasi beriyani
  10. ondeh-ondeh
  11. semprit
  12. lemping
  13. lotong
  14. sup belot
  15. tomjam / tom yam
  • EJAAN MAKANAN YANG BETUL
  1. martabak
  2. mi
  3. kuih
  4. kuetiau
  5. roti canai telur
  6. sate
  7. pisang goreng
  8. nasi belauk
  9. nasi beriani
  10. onde-onde
  11. semperit
  12. lempeng
  13. lontong
  14. sup belut
  15. tomyam

PROMOSI III