PENAJA

RAKAN ILMU

Monday, 16 January 2017

KUEHTIAU / KUE TEAU / KUETIAU...!

Image result for karipap
Apabila guru dan pelajar memikirkan soal makanan, bukan sahaja isu sedap ataupun tidak yang menjadi persoalan dalam fikiran. Jika orang awam, mereka mungkin membayangkan isu harga dan kesedapan sesuatu makanan tersebut, ataupun mungkin juga terfikir tentang kesilapan ejaan pada buku menu yang tersedia di atas meja.

Mari kita lapangkan dada seketika untuk menilai sejauh mana anggota masyarakat kita prihatin akan ejaan sesuatu makanan sebelum dikunyah-kunyah oleh sebaris gigi yang tak sebeberapa putih!

Cuba fikirkan sejenak adakah makanan yang saya senaraikan di bawah ini benar-benar betul ejaannya atau bagaimana?
  • kuehtiaw - kuetiau - kuehtiow
  • murtabak - martabak - martabat
  • aiskrim - ais krim
  • mee goreng - mi goreng
  • bihun - mihun - bi hun
  • sate - satay - satey
  • karipab- karipad - karipat
Sebenarnya ejaan yang betul bagi jenis makanan di atas ialah:-
  • kuetiau
  • martabak
  • aiskrim
  • mi goreng
  • bihun atau mihun
  • sate
  • karipap

PROMOSI III