PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 16 April 2017

DI BETUL DAN DI SALAH...!

Penggunaan di- dan di, dalam penulisan bahasa Melayu agak meluas. Sebarang kesilapan ketika menggunakannya adalah amat dikesali. Sepertimana yang kita maklum, kata di tergolong dalam dua kumpulan yang berbeza, iaitu di sebagai kata sendi dan satu lagi di- sebagai imbuhan awalan kata kerja pasif.

Penggunaan kata sendi dalam ayat adalah sebagai penghubung kata nama. Mana-mana ayat yang mengecualikan penggunaan kata sendi di depan kata nama dianggap tidak gramatis. Sila lihat ayat contoh di bawah:-
  • Dia duduk kerusi. X
  • Dia duduk di kerusi. /

  • Dia berasal Johor. X
  • Dia berasal dari Johor. /
Khusus bagi  kata sendi di dan imbuhan di-,perbezaan penggunaannya boleh dilihat seperti di bawah.
  • Penggunaan kata sendi di hendaklah dijarakkan!
  1. di pasar
  2. di dalam bilik
  3. di menara gading
  4. di sekitar padang
  5. di pintu gerbang
  • Penggunaan di- sebagai imbuhan pula hendaklah dirapatkan!
  1. dimakan
  2. disalahertikan
  3. dijawab
  4. disia-siakan
  5. dipermainkan

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III