ESEI: MATLAMAT DAN KEPENTINGAN RUKUN NEGARA...!

Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan


Tidak dinafikan bahawa setiap orang daripada kita tahu dan dapat menyebut kelima-lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta. Tetapi persoalannya, berapa banyakkah dalam kalangan kita yang benar-benar faham dan menjadikan prinsip-prinsip tersebut sebagai teras pembentukan jati diri  yang cinta akan keamanan, cinta akan negara tumpah darah dan cinta akan kedamaian.

Hakikatnya, kelima-lima prinsip Rukun Negara ini amat berkait rapat dengan ciri kehidupan rakyat Malaysia yang meletakkan agama di kedudukan yang tertinggi di samping akur akan peraturan-peraturan hidup yang menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara. Dalam Rukun Negara terangkum nilai-nilai hidup yang menjadi pegangan dan amalan rakyat tanpa rasa berbelah bagi demi memastikan bukan sahaja rakyat dapat hidup aman tetapi juga memastikan kemajuan dan kestabilan negara terus dapat dikekalkan.

Antara matlamat murni Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang :-
  • memiliki semangat perpaduan yang lebih erat
  • taat akan sistem pemerintahan demokrasi dan sistem pemerintahan beraja
  • menghormati undang-undang dan perlembagaan negara
  • mengamalkan kesusilaan dan kesopanan dalam kehidupan
  • mempunyai pegangan agama yang kukuh
Kepentingan Rukun Negara:-
  • dapat menyatukan rakyat yang berbilang bangsa, agama, budaya dll
  • menjamin kehidupan rakyat yang lebih makmur, sejahtera
  • mengelakkan berlakunya keruntuhan nilai kemanusiaan
  • menjadi pemangkin kepada pembangunan negara
  • meningkatkan semangat patriotik dalam diri setiap rakyat
  • mengekalkan keamanan negara
  • sebagai lambing kepada sebuah kerajaan yang berdaulat

Comments

Post a Comment

Popular Posts