KATA ADJEKTIF ATAU KATA KERJA....?

Assalamualaikum semua,

Apakah pola ayat bagi ayat di bawah?
  • Penyanyi Indonesia itu sangat terkenal di negara kita.
Sebelum kita dapat mengenal pasti pola ayat di atas, kita perlulah terlebih dahulu membahagikan ayat di atas kepada dua bahagian iaitu subjek dan predikatnya. Iaitu....
  1. Penyanyi Indonesia itu - Subjek
  2. sangat terkenal di negara kita - Predikat
Setiap pola ayat mesti dimulai dengan FN. Jadi bahagian subjeknya sudah tahu, manakala bahagian predikatnya, adakah FA, atau FK atau lain-lain.

Untuk menentukan jenis frasa kedua iaitu 'sangat terkenal di negara kita', kita perlu melihat kata manakah yang paling dominan yang menentukan maksud atau tema ayat tersebut. Sudah tentu kata yang paling dominan ialah 'terkenal'. Dan apakah jenis kata 'terkenal'? Adakah kata adjektif, kata kerja atau kata nama?
Mungkin banyak antara pelajar yang mengatakan bahawa 'terkenal' ialah kata adjektif dan pola ayat yang dipilih ialah FN + FA.

SEBENARNYA pola ayat yang sepatutnya ialah FN + FK kerana kata 'terkenal' bukannya kata adjektif, sebaliknya kata kerja tak transitif.

Ringkasnya pola ayat 'Penyanyi Indonesia itu sangat terkenal di negara kita' ialah FN + FK.

Comments

Popular Posts