KOSA KATA LUAS DALAM ESEI....!

Banyak faktor yang boleh menjamin markah yang baik dalam penulisan karangan. Para pelajar seharusnya prihatin dan tidak mengambil jalan mudah semasa menjawab soalan karangan. Peruntukan markah bagi soalan karangan adalah amat besar, sama ada peperiksaan peringkat PT3 mahupun SPM.
  • PT3 - markah untuk soalan karangan adalah 30m;
  • SPM - markah untuk soalan karangan adalah amat besar iaitu, karangan rangsangan, 30 markah, manakala karangan umum adalah sebanyak 100 markah.

Bayangkan apa akan terjadi kepada markah keseluruhan untuk subjek Bahasa Melayu jika kita gagal memperoleh markah yang cemerlang ketika menjawab soalan karangan!

Salah satu faktor yang boleh membantu pelajar memperoleh markah yang cemerlang ketika menjawab soalan karangan ialah penggunaan kosa kata luas yang sesuai dengan situasi?

Penggunaan kosa kata luas yang menarik dan matang dalam karangan sudah pasti meningkatkan kualiti sesebuah karangan yang dihasilkan.

Antara beberapa patah kosa kata luas yang perlu digunakan ialah:-
  • signifikan = penting, bermakna
  • impak = kesan
  • izharnya = jelasnya
  • paradigm = batasan pemikiran
  • potensi = kemampuan
  • global = sejagat
  • fobia = terlalu takut
  • transformasi = perubahan
  • relevan = sesuai
  • drastik = keterlaluan
  • agenda = acara / perkara
  • piawai = yang ditetapkan
  • platform = asas / dasar
  • kritikal = serius
  • gizi = zat makanan
  • prakarsa = ikhtiar
  • sarwajagat = seluruh dunia
  • keluhuran = kemuliaan
  • medium = bidang / lapangan
  • berkala = berjadual
  • toleransi = tolak ansur
  • intergrasi = penyatuan
  • konsisten = stabil, sejajar dengan yang dulu
  • alternatif = pilihan
  • onar = kacau
  • konflik = penentangan
  • aplikasi = menggunakan
  • simpton = tanda / alamat
  • trend = perkembangan semasa
  • kondusif = nyaman / sesuai
  • aspirasi = tunjuk ajar / dorongan
  • progresif = sentiasa bergerak maju
  • sinergi = usaha sama
  • unsur = perkara
  • elemen = perkara
  • gejala = masalah
  • negatif = buruk / tidak baik
  • kronik = teruk / berat

Comments

  1. salam cikgu, terima kasih paing banyak saya ucapkan kerana maklumat berguna ini.semoga cikgu sentiasa diberkati Allah selalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts