PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 13 April 2017

LAGI KOSA KATA LUAS.....!

Di bawah ini disenaraikan lagi kata yang tergolong sebagai kosa kata luas yang perlu disertakan dalam penulisan. Namun diingatkan agar pelajar-pelajar bijak menggunakannya mengikut kesesuaian jenis dan bahan penulisan.
  • deduksi = kesimpulannya
  • dangkal = cetek fikiran
  • delegasi = rombongan, perwakilan
  • dominan = berpengaruh, berkuasa
  • dewasa ini = pada waktu ini, mutakhir
  • empirikal = berdasarkan pemerhatian, kajian
  • enteng = remeh
  • hedonism = terlalu mementingkan keseronokan
  • heterogen = berbagai-bagai jenis
  • ironinya = kesan sebaliknya
  • justifikasi = hujah sebagai alasan
  • kekangan = halangan, rintangan
  • keakraban = hubungan erat
  • kealpaan = kelekaan
  • kemelut = kronik, keadaan yang sangat genting, masalah
  • komentar = komen, ulasan
  • kompetitif = persaingan
  • kontemporari = pada masa ini
  • lokal = setempat
  • luwes = tidak terlalu ketat, boleh berubah
  • mayapada = dunia
  • memanifestasikan = memperlihatkan, menjadikan
  • metropolitan = bandar raya
  • modenisasi = proses memodenkan
  • nirmala = bersih, suci
  • optimum = maksimum
  • pidana = kejahatan
  • polemik = perbahasan
  • pragmatik = bersifat praktikal
  • prakarsa = inisiatif, dengan usaha
  • prestij = penghormatan tinggi yang diperoleh
  • prolifik = aktif, banyak menghasilkan karya
  • seyogia = selayaknya, sepatutnya
  • swadaya = kekuatan sendiri
  • tuntasnya = tegasnya, kesimpulannya
  • uswah = teladan
  • wadah = alat, medan, saluran

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III