PANDUAN MENULIS ULASAN PT3....!


PT3 2017 bertulis akan berlangsung pada awal Oktober nanti. Pada kesempatan kali ini, Cikgu akan memperkatakan panduan-panduan ketika menulis 'Ulasan', iaitu soalan no.8 yang memperuntukkan sejumlah  15M.
Pelajar PT3 mestilah menjawab soalan 'ulasan' mengikut panduan yang betul agar markah yang diperoleh nanti lebih cemerlang. Antara panduannya ialah:-

Kepanjangan Jawapan Ulasan
  • Ulasan yang panjangnya melebihi 100 patah perkataan walaupun penulisannya cemerlang dari segi isi, bahasa dan pengolahannya akan mendapat markah paling maksimum iaitu 12 sahaja.
  • Ulasan yang panjangnya kurang daripada 80 patah perkataan tetapi baik dari aspek lain hanya akan mendapat markah maksimum 12 sahaja.
  • Calon dinasihatkan agar menulis jumlah patah perkataan di sebelah kanan, bawah jawapan ulasan.
Kandungan Isi Ulasan
  • Ulasan yang baik semestinya mempunyai isi tersurat dan isi tersirat.
  • Ulasan yang tiada isi tersurat, markah maksimum ialah 8 sahaja.
  • Ulasan yang tiada isi tersirat juga markahnya ialah 8 sahaja walaupun aspek lainnya cemerlang.
  • Jumlah isi tersurat dan isi tersirat terpulang, tetapi biarlah sesuai dengan kepanjangan ulasan yang ditulis.
  • Calon yang hanya menyalin maklumat yang terdapat dalam bahan grafik seperti rajah, jadual dan lain-lain akan mendapat markah maksimum 5 sahaja.
Pemerengganan Ulasan
  • Ulasan boleh ditulis sama ada satu, dua, tiga atau ...... perenggan.
  • Tiada markah khusus untuk ulasan yang ditulis menggunakan satu, dua atau.... perenggan.
Pemotongan Markah
  • Tiada pemotongan markah secara khusus sepertimana ketika menjawab soalan karangan biasa.
  • Kesalahan ejaan dan tatabahasa hanya memberi kesan impresion kepada pemeriksa.

Comments

Post a Comment

Popular Posts