PENAJA

RAKAN ILMU

Friday, 9 February 2018

MENGAJAR, MENGAJARI, MENGAJARKAN...!

Image result for mengajar png
Perkataan mengajar, mengajari dan mengajarkan ialah kata kerja transitif. Hal ini demikian, apabila kita menggunakan kata kerja transitif tersebut, semestinya diikuti dengan objek, sama ada objek manusia mahupun benda.
  • meN- .......-I + objek (siapa)
  • meN- .......-kan + objek (apa)
Perhatikan penggunaan yang berbeza berkenaan imbuhan apitan di atas;-
  1. Saya mengajari pelajar itu mata pelajaran Bahasa Melayu. (siapa - objek manusia)
  2. Saya mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar itu.(apa - objek benda)
  3. Saya mengajar pelajar itu mata pelajaran Bahasa Melayu.
Ayat menjadi tidak gramatis jika ayat ditulis begini;-
  1. Saya mengajari mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar itu.
  2. Saya mengajarkan pelajar itu mata pelajaran Bahasa Melayu.
  3. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar itu.
Perkataan mengajar pula sebenarnya adalah  daripada perkataan mengajari, jadi kedua-duanya boleh bertukar ganti.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III